Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Johor sumbang ventilator untuk hospital negerinya

Apr 11, 2020 | 3:40 PM
MANFAAT RAKYAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, sebanyak 42 ventilator berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.
MANFAAT RAKYAT: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar bertitah, sebanyak 42 ventilator berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor. - FACEBOOK/SULTAN IBRAHIM SULTAN ISKANDAR

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, berkenan mengurniakan 42 ventilator bagi kegunaan hospital-hospital di negeri Johor.

Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan sumbangan berkenaan kepada Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr. Aman Rabu, hari ini.

Sultan Johor bertitah, sumbangan berkenaan disampaikan Baginda menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ).

"Bantuan ventilator yang kita sampaikan ini juga merupakan sumbangan daripada dermawan dan juga rakan-rakan saya lain.

"Saya amat memahami pada situasi masa kini, hospital-hospital amat memerlukan peralatan ini khususnya bagi kegunaan pesakit.

"Ini merupakan kerjasama di antara saya, rakan-rakan, dermawan dan juga kerajaan negeri bagi bersama-sama mengurangkan beban kerajaan," titah Baginda kepada Royal Press Office (RPO) di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru, yang dimuatnaik ke akaun Facebook rasmi beliau.

Sultan Johor bertitah, 42 ventilator berkenan akan diagihkan kepada hospital-hospital kerajaan di seluruh Johor mengikut keperluan oleh Pengarah Kesihatan Johor.

"Bukan mudah untuk mendapatkan peralatan ini lebih-lebih lagi ketika musim penularan wabak COVID-19. Kita berusaha keras untuk mendapatkannya.

"Jika ada lagi pihak yang sudi untuk memberi sumbangan kepada YSIJ, kita mungkin dapat mengusahakan lebih banyak untuk kegunaan hospital-hospital," titahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg