Topic followed successfully
Go to BHkuSultan Johor tolak tawaran sebab hormat sistem giliran
Premium
Sultan Johor tolak tawaran sebab hormat sistem giliran
Oct 20, 2016 | 5:30 AM
Sultan Johor tolak tawaran sebab hormat sistem giliran

SANGKAL LAPORAN MEDIA SOSIAL: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menjelaskan dakwaan bahawa beliau menolak jadi Yang di-Pertuan Agong kerana ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor adalah tidak tepat. - Foto fail -
JOHOR: Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menolak tawaran menjadi Yang di-Pertuan Agong kerana menghormati dan mengikuti sistem giliran yang ditentukan oleh Majlis Raja-Raja.
Laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, menjelaskan dakwaan sebelum ini bahawa Sultan Johor ingin memberi tumpuan penuh kepada kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat Johor adalah tidak tepat.
