Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Johor ulangi amaran henti berpolitik di masjid, surau

Mar 24, 2023 | 5:30 AM
MAHU JAGA KESUCIAAN MASJID: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ahli politik tertentu telah melampaui batas dan sepatutnya tumpukan perhatian anda untuk menyelesaikan beban rakyat, seperti kos sara hidup. - Foto FACEBOOK/THE ROYAL JOHOR
MAHU JAGA KESUCIAAN MASJID: Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ahli politik tertentu telah melampaui batas dan sepatutnya tumpukan perhatian anda untuk menyelesaikan beban rakyat, seperti kos sara hidup. - Foto FACEBOOK/THE ROYAL JOHOR -

JOHOR BAHRU: Sultan Johor memberi amaran kepada ahli politik supaya tidak mengingkari arahan Raja-raja agar berhenti menggunakan masjid dan surau sebagai platform politik atau cuba menggugat institusi diraja.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata ahli politik tertentu telah melampaui batas.

"Tumpukan perhatian anda untuk menyelesaikan beban rakyat, seperti kos sara hidup, memenuhi keperluan harian, perjuangan mereka untuk membayar bil isi rumah dan kebimbangan ekonomi," kata Sultan Ibrahim dalam temu bual eksklusif bersama The Star sempena ulang tahun kelahirannya pada Khamis.

"Apa yang anda lakukan untuk mengurangkan masalah banjir yang berlaku setiap tahun? Beritahu kami apa yang anda akan lakukan mengenainya?

"Daripada memecahbelahkan rakyat dengan memperkatakan kaum dan agama, beritahu saya apa rancangan anda untuk membawa keharmonian," katanya.

Sultan Ibrahim berkata masjid dan surau dilarang digunakan untuk menyebarkan ceramah politik.

"Jika ada yang berani mencabar arahan ini di Johor, cubalah dan lihat akibatnya," katanya.

Menurutnya, perintah larangan terhadap ceramah politik telah dihantar ke kira-kira 850 masjid dan 2,000 surau di seluruh negeri.

Masjid dan surau sepatutnya menjadi pusat maklumat dakwah dan tempat ceramah agama oleh syarahan dan penceramah bertauliah, selain sebagai tempat beribadat, kata ah Sultan Ibrahim.

"Jika ceramah politik dibenarkan, ia akan menimbulkan rasa tidak senang dan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

"Jangan beritahu saya bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam dan ahli politik boleh bercakap dengan bebas," katanya sambil menambah bahawa beliau mempunyai tanggungjawab sebagai ketua agama Islam di negeri ini untuk menjaga kesucian masjid.

Sultan Ibrahim turut menjelaskan mengapa penceramah agama Islam atau guru agama yang menyampaikan syarahan perlu ditauliahkan.

"Johor mahukan pendakwah yang berkualiti kerana kita tahu ada pendakwah menjadi komedi dengan lebih mementingkan jenaka dan hiburan berbanding Islam.

"Anda boleh menemuinya di YouTube. Saya pasti mereka tahu siapa mereka dan siapa yang saya maksudkan," katanya.

Beliau juga melahirkan rasa terkilan terhadap seorang guru agama, yang kononnya seorang Ahli Parlimen, yang telah membuat kenyataan menghina institusi diraja negara itu.

Ketua Polis Negeri, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata sebanyak 16 laporan polis telah dibuat terhadap pendakwah itu.

"Saya serahkan kepada polis untuk menyiasat. Ini bukti jelas mengapa ahli politik tidak sepatutnya bercakap politik di masjid," kata Datuk Kamarul Zaman.

Dalam hantaran di Facebook menerusi Royal Press Office pada Khamis sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasminya, Sultan Ibrahim, menegaskan jangan ada pihak yang mencuba sebarang usaha untuk memecahbelahkan jambatan perpaduan Bangsa Johor.

Sultan Ibrahim berkata konsep Bangsa Johor yang menyatukan rakyat pelbagai kaum di negeri ini, kekal diamalkan sejak sekian lama.

Justeru, katanya Bangsa Johor perlu menolak sebarang bentuk ekstremisme yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum dan agama.

Bangsa Johor yang kekal harmoni dan bersatu-padu bukan sahaja menjadikan masyarakatnya lebih baik, malah telah membawa kemakmuran kepada negeri ini.

"Jauhilah sifat hasad dengki, dendam dan buruk sangka kerana ia merupakan satu penyakit berbahaya yang hanya mengundang keburukan kepada masyarakat dan negara," kata beliau.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di atas penyaluran peruntukan besar kepada Johor pada Belanjawan 2023.

"Alhamdulillah di atas peruntukan yang diberikan dan moga hubungan baik kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri terus diperkukuh demi kemakmuran negeri serta rakyatnya," kata Sultan Johor. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg