Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Kelantan ceraikan isteri talak tiga

Jul 17, 2019 | 03:29 PM



KUALA LUMPUR: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V, telah bercerai talak tiga dengan wanita Rusia Rihana Oksana Voevodina, menurut media tempatan.



Menurut laporan di laman web New Straits Times hari ini (17 Julai), perceraian itu didaftar pada 1 Julai.



Russian consort reveals royal life and marriage proposal by Sultan of Kelantan



Tambahnya, sumber mereka berkata salinan sijil perceraian pasangan itu yang disebarkan di media sosial adalah tulen.



Sijil itu menyatakan bahawa tarikh perceraian itu adalah pada 22 Jun dan didaftar di Singapura.



Pasangan itu baru sahaja menyambut kelahiran anak mereka sekitar dua bulan lalu.





Meskipun pihak istana belum memberi kenyataan rasmi tentang isu itu, Istana Kelantan mengeluarkan kenyataan berhubung penggunaan gelaran diraja yang betul.



Cik Voevodina, seorang model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015, membuka satu akaun Instagram bulan lalu yang kini mempunyai lebih 365,000 pengikut.



Akaun itu memaparkan gambarnya bersama Sultan Muhammad V serta kapsyen tentang kehidupannya dan kisah pertemuan mereka.





Dalam satu kenyataan yang dimuat naik minggu lalu, beliau antara lain berkata:



“Saya berkahwin pada Jun 2018 dan pada Mei 2019, saya melahirkan anak saya Ismail Leon-Tengku Mahkota Kelantan, dan insya-Allah bakal Raja Kelantan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >