Topik diikuti
Pergi ke BHkuSultan Muhammad letak jawatan Agong secara beradab
Premium
Sultan Muhammad letak jawatan Agong secara beradab
Sultan Pahang paling atas dalam senarai pengganti tetapi Majlis Raja-Raja tak terikat ikut giliran
Sultan Muhammad letak jawatan Agong secara beradab
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti
Jan 13, 2019 | 5:30 AM
APABILA desas-desus mengenai Yang di-Pertuan Agong ke-15 Malaysia, Sultan Muhammad V dari Kelantan, tersebar di media sosial bulan lalu kerajaan negeri itu meminta Pejabat Peguam Negara segera bertindak menghentikan penyebaran "berita palsu" itu.
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata Peguam Negara perlu mengambil berat tentang perkara tersebut, sambil menggambarkannya sebagai perbuatan tidak bermoral kerana ia melibatkan bukan Sultan Kelantan secara peribadinya sahaja, bahkan institusi Raja-Raja.
