Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Perak selar sikap ahli politik berhubung pelantikan Menteri Besar

Dec 11, 2020 | 05:30 AM



KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah, semalam menyelar sikap ahli-ahli politik Malaysia, terutamanya ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dengan menyatakan pelantikan Menteri Besar sebanyak tiga kali sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 adalah satu cerminan kegagalan kepemimpinan ahli politik untuk mendapat sokongan padu dan bukannya satu kejayaan.



Baginda bertitah, keadaan itu bukan sejarah yang perlu dibanggakan dan sehubungan itu menggesa supaya kemelut kepemimpinan kerajaan negeri membabitkan jawatan Menteri Besar yang mula tercetus sejak Jumaat lalu, ditamatkan.



"Sejak berlangsungnya PRU ke-14, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan, perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal DUN sebelum ini.



"Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan, perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan.



"Kegagalan kepemimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat," titah baginda pada Majlis Istiadat Pelantikan Menteri Besar Perak ke-14, di Istana Iskandariah di sini, semalam.



Terdahulu, Adun Kota Tampan, Datuk Saarani Mohamad, 59 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar ke-14 di hadapan baginda.



Datuk Saarani yang mewakili Umno berkata, beliau akan berusaha "mengubati luka" antara parti-parti Perikatan Nasional (PN) di Perak.



"Apabila ketiga-tiga pimpinan tertinggi tandatangan persetujuan kerjasama, siap sedia satukan hati pemimpin ketiga-tiga parti ini, kita usaha untuk ubatkan luka jika ada," katanya dalam sidang media di Dewan Jubli Kuala Kangsar selepas majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah.



Adun Kota Tampan itu berkata demikian ketika ditanya bagaimana beliau mahu mengekalkan hubungan Umno, Bersatu dan PAS susulan kemelut kepimpinan negeri yang bermula minggu lepas.



Umno bersama Adun Pakatan Harapan (PH) minggu lepas terlibat menjatuhkan menteri besar Ahmad Faizal Azumu (bawah) daripada Bersatu melalui undi percaya di DUN.



Pucuk pimpinan Perikatan Nasional (PN) yang diterajui tiga parti utama - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Umno dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) - kelmarin telah mengadakan perbincangan dan bersetuju melantik Datuk Haji Shaarani sebagai Menteri Besar Perak.



Ketiga-tiga parti turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam Kerajaan Perikatan Nasional di negeri Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.



Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata kemelut yang berlaku dalam kerajaan negeri Perak perlu diambil sebagai pengajaran untuk mendewasakan hubungan politik Umno, Bersatu dan PAS.



Beliau berkata, isu politik di Perak membuktikan rundingan merupakan jalan terbaik untuk menyelesaikan sebarang masalah.



"Ada banyak pengajaran daripada peristiwa di Perak. Kalau berunding, masalah selesai," kata beliau yang ditukil agensi berita Bernama di laman Facebook Umno Online semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >