Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Sultan Selangor beri peringatan masjid, surau tidak dijadi medan politik

Mar 15, 2023 | 05:30 AM



SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian.



Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarah memastikan masjid dan surau bebas dari unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam.



Menurut Sultan Sharafuddin, masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca perbalahan dan sengketa yang akan membina jurang pemisah atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tidak berkesudahan.



"Ini berlaku lantaran terdapat penceramah-penceramah tertentu ketika memberi ceramah di masjid dan surau telah mengambil kesempatan untuk menyindir, menghina, mencaci malah memfitnah pihak-pihak dan golongan tertentu atas sebab perbezaan fahaman politik," titahnya pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal keenam Dewan Negeri Selangor pada Isnin.



Sultan Sharafuddin menzahirkan kebimbangan keadaan itu akan memecah belah umat Islam khususnya orang Melayu jika budaya itu tidak dibendung.



"Melihat kepada kesan dan implikasi buruk ini, beta telah menitahkan bahawa hanya mereka yang mempunyai tauliah dari Jawatankuasa tauliah MAIS dibenarkan untuk memberi ceramah, kuliah, tazkirah atau pengajian di masjid, surau atau di mana-mana tempat di negeri Selangor ini.



"Sekali lagi beta tegaskan bahawa hanya mereka yang benar-benar mahir dan mempunyai pengetahuan yang luas mengenal agama Islam sahaja yang layak untuk diberikan tauliah untuk mengajar bagi mengelakkan anasir ajaran sesat serta budaya fitnah memfitnah dari berlaku," titahnya.



Pada masa sama, Sultan Sharafuddin mengingatkan MAIS untuk terus mengeluarkan arahan dan semasa ke semasa agar umat Islam khususnya orang politik tidak menjadikan masjid dan surau di Selangor sebagai pentas untuk mereka berceramah dan berkempen menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.



"Beta menyeru semua pihak yang mengambil bahagian dalam pilihan raya nanti agar mematuhi peraturan sedia ada dan saling hormat menghormati antara satu sama lain.



"Ingatlah, tingkah laku orang-orang politik semasa tempoh kempen akan disaksikan dan dinilai oleh rakyat sebelum mereka membuat pemilihan," titahnya.



Terdahulu, pembatalan kuliah daripada penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus, yang sepatutnya berlangsung di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, pada Ahad lalu membangkitkan pelbagai reaksi selepas figura itu didakwa tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di Selangor.



JAIS memaklumkan masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 pindaan 2016. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >