Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sultan Selangor beri peringatan masjid, surau tidak dijadikan propaganda politik

Mar 14, 2023 | 3:35 PM
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah - FACEBOOK PEJABAT DIRAJA SELANGOR

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sekali lagi memberi peringatan supaya masjid dan surau tidak dijadikan medan serta propaganda politik kepartian. Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah diarah memastikan masjid dan surau bebas dari unsur-unsur politik yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian umat Islam. Menurut Sultan Sharafuddin, masjid dan surau tidak seharusnya menjadi punca perbalahan dan sengketa yang akan membina jurang pemisah atas dasar perbezaan fahaman politik dan dendam politik yang tidak berkesudahan. "Ini berlaku lantaran terdapat penceramah-penceramah tertentu ketika memberi ceramah di masjid dan surau telah mengambil kesempatan untuk menyindir, menghina, mencaci malah memfitnah pihak-pihak dan golongan tertentu atas sebab perbezaan fahaman politik," katanya pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal keenam Dewan Negeri Selangor pada Isnin. Sultan Sharafuddin melahirkan kebimbangan keadaan itu akan memecah belah umat Islam khususnya orang Melayu jika budaya itu tidak dibendung. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg