Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sultan Selangor tarik balik darjah kebesaran Najib, Rosmah

Sep 12, 2022 | 06:34 PM



KUALA LUMPUR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan menarik balik Darjah Kebesaran Negeri Selangor daripada Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, berkuat kuasa Isnin (12 September).



Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim, dalam satu kenyataan berkata, selain Najib dan Rosmah, turut ditarik balik darjah kebesaran adalah bekas Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Mohd Arif Ab Rahman, lapor Astro Awani pada Isnin.



Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Diraja Selangor di Balai Dewan Diraja, Istana Alam Shah, Klang, dan berunding dengan Ahli-ahli Dewan Diraja Selangor.


Katanya, penarikan balik darjah kebesaran itu selaras dengan kuasa prerogatif baginda di bawah Perkara XXXVII dan Perkara XXXIX Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 serta Statut Darjah Kebesaran yang berkaitan dan konvensi yang diamalkan di Selangor.


"Datuk Seri Najib Razak telah dikurniakan Keahlian Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri pada tahun 2004 dan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (DPMS) Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 1992.


"Beliau telah didakwa di Mahkamah Tinggi di atas beberapa pertuduhan yang melibatkan kes salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram ke atas dana SRC International Sdn. Bhd.



"Pada 23 Ogos 2022, Mahkamah Persekutuan telah mengekalkan sabitan dan hukuman terhadap beliau yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.



"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Dato’ Seri dan DPMS Kelas Kedua yang membawa gelaran Dato’ adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022," katanya.



Beliau berkata, Rosmah pula dikurniakan Keahlian SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri pada tahun 2005.



Katanya, Rosmah telah didakwa di Mahkamah atas tiga pertuduhan yang melibatkan kesalahan meminta dan menerima rasuah.



"Pada 1 September 2022, Mahkamah Tinggi telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman terhadap beliau atas semua pertuduhan yang dihadapkan kepadanya.



"Maka dengan ini, atas sabitan dan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap beliau, keahlian beliau sebagai penyandang SPMS Kelas Pertama yang membawa gelaran Datin Paduka Seri adalah ditarik balik dan dibatalkan berkuat kuasa pada 12 September 2022," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >