SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sultanah Kelantan adakan pertemuan awam yang pertama

Sultanah Kelantan adakan pertemuan awam yang pertama

Sep 14, 2022 | 8:10 PM

Sultanah Kelantan adakan pertemuan awam yang pertama

Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (tengah) telah membuat penampilan awam pertamanya sejak ditabal selaku Sultanah oleh kerajaan Kelantan.
Sultanah Nur Diana Petra Abdullah (tengah) telah membuat penampilan awam pertamanya sejak ditabal selaku Sultanah oleh kerajaan Kelantan. - Foto: UNIT MEDIA, PEJABAT SULTAN KELANTAN / FACEBOOK

KOTA BHARU: Permaisuri Kelantan yang baru mengadakan penglibatannya yang pertama bersama orang ramai semalam, menyusuli perkahwinan rahsianya dengan Sultan Muhammad V.

Namun tiada butiran tentang kehidupan Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, termasuk bagaimana mereka bertemu, yang didedahkan. Usianya juga tidak diketahui.

Wajahnya membuat ramai terpesona sedang Sultan Muhammad V, 52 tahun, yang sebelum ini berkahwin dengan pragawati Russia, Cik Oksana Voevodina, sebelum penceraian mereka setahun kemudian pada Jun 2019.

Permaisuri baru itu dalam siri catatan yang dikeluarkan hari ini (12 September) oleh Istana Kelantan, dilihat menghadiri satu perjumpaan Pertubuhan Saudara Diraja Kelantan sehari sebelum itu.

Pertemuan itu diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian, salah satu istana di ibu kota Kelantan, Kota Bharu.

Nama Sultanah Nur Diana mula buat diperkenalkan kepada awam pada 2 Ogos lalu apabila beliau ditabal secara rasmi sebagai Sultanah oleh kerajaan Kelantan, lantas mendedahkan kepada orang ramai bahawa pemimpin mereka telah berkahwin semula secara senyap.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg