KUMPULAN bank Malaysia CIMB Group, RHB Capital Bhd dan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) telah bersetuju untuk bergabung menjadikan gabungan tersebut sebagai sebuah kumpulan bank terbesar di negara itu, kata sumber yang rapat dengan usaha tersebut.
Persetujuan tersebut melibatkan pertukaran saham antara CIMB, bank kedua terbesar Malaysia dengan RHB, bank keempat terbesar, kata sumber itu lagi.
Satu pengumuman dijangka dibuat hari ini, namun gabungan tersebut akan memerlukan kelulusan Bank Negara Malaysia
Jika gabungan tersebut diluluskan, ketetiga bank itu akan menjadi sebuah kumpulan bank dengan aset berjumlah $190 bilion - melebihi aset Malayan Banking Bhd (Maybank), bank terbesar Malaysia sekarang ini.
Ia juga menjadikan kumpulan bank itu yang keempat terbesar di Asia Tenggara. - Reuters