Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sunak ikrar tegas terhadap China jika jadi PM Britain

Sifatkan Beijing 'ancaman nombor satu' terhadap keselamatan negaranya, dunia
Jul 26, 2022 | 05:30 AM



LONDON: Pesaing utama dalam parti Konservatif bagi jawatan perdana menteri baru Britain, Encik Rishi Sunak, berikrar akan mengambil tindakan tegas terhadap China jika beliau terpilih.



Encik Sunak turut menyifatkan kuasa ekonomi Asia itu sebagai "ancaman nombor satu" terhadap keselamatan dalam negaranya dan global.



Janji mantan menteri kewangan itu dibuat selepas pesaing beliau pada peringkat terakhir bagi memimpin parti Konservatif, Cik Liz Truss, menuduhnya bertindak lemah terhadap China dan Russia.



Media Global Times yang dikendalikan pemerintah Beijing, sebelum ini berkata Encik Sunak satu-satunya calon dengan "pandangan jelas dan pragmatik dalam mengukuhkan hubungan UK-China".



Akhbar The Daily Mail, yang menunjukkan sokongan kepada Cik Truss, iaitu Setiausaha Luar Negara, bagi menggantikan Perdana Menteri Boris Johnson, menyifatkan langkah media China itu sebagai "sokongan tidak dikehendaki".



Antara yang dicadangkan Encik Sunak ialah menutup semua Institut Confucius di Britain, bagi mencegah pengaruh China menerusi program budaya dan bahasa.



Beliau juga berjanji akan "menendang keluar Parti Komunis China (CCP) dari universiti-universiti" dengan memaksa pertubuhan pendidikan tinggi mendedahkan dana asing yang diterima berjumlah lebih £50,000 ($84,000) dan menyemak kerjasama penyelidikan.



Agensi risikan domestik Britain, MI5, akan digunakan bagi membantu memerangi kegiatan perisikan China, dan beliau akan berusaha membina kerjasama antarabangsa "seakan Nato (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)" bagi menangani ancaman China dalam dunia siber.



Selain itu, Encik Sunak berkata beliau akan mengkaji kes melarang pemerolehan China ke atas aset penting Britain, termasuk syarikat teknologi sensitif secara strategik.



Beliau juga mendakwa China "mencuri teknologi dan menyelinap masuk ke dalam universiti kita", "membantu" Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, dengan membeli minyak Russia serta cuba membuli negara jiran, termasuk Taiwan.



Encik Sunak turut menyelar skim "Jaluran Ekonomi Laluan Sutera China" kerana "membiarkan negara-negara membangun dengan hutang menimbun".



Pencalonan Encik Sunak dan Cik Truss kini akan diundi oleh ahli parti Konservatif, yang akan menentukan perdana menteri baru selepas puluhan pertemuan dan perdebatan di televisyen sejak enam minggu lalu.



Keputusan pemilihan itu akan diumum pada 5 September. Walau apa jua keputusannya, Britain bakal menyaksikan sama ada perdana menteri bukan kulit putih pertama atau perdana menteri wanita ketiga.



Cik Truss, calon pilihan yang diramal menumpaskan Encik Sunak berdasarkan undian terbaru anggota parti, menegaskan beliau tidak mengambil mudah dan berasa selesa.



Satu tinjauan pendapat oleh YouGov sebelum undian menunjukkan ahli Konservatif melihat Encik Sunak sebagai calon paling kurang menarik, meskipun popular dalam kalangan pimpinan parti.



Perdana menteri baru akan mewarisi beberapa cabaran utama dalam masa berdekad.



Inflasi kini merekod kadar tertinggi 11 peratus setahun, dengan pertumbuhan pegun, dan kejatuhan nilai matawang pound sterling. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >