Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suntikan vaksin bagi suspek rasuah dan keluarga cetus kritikan di Indonesia

Mar 02, 2021 | 05:30 AM



JAKARTA: Langkah menjalankan inokulasi vaksin Covid-19 ke atas individu yang disyaki melakukan rasuah dan ahli keluarga ahli parlimen telah menimbulkan kritikan rakyat yang menuduh pemerintah bersikap pilih kasih sedang negara tidak mempunyai bekalan vaksin yang mencukupi, lapor akhbar The Jakarta Post kelmarin.



Selepas pekerja kesihatan menjalani inokulasi vaksin pada fasa pertama, pemerintah menjalankan fasa kedua.



Pemerintah Indonesia menyasarkan sekitar 38 juta orang, termasuk warga tua, olahragawan, kakitangan awam dan pekerja barisan hadapan bermula Februari lalu sehingga Mei ini.



Sejauh ini, seramai 1.6 juta penduduk Indonesia sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 iaitu bertambah sebanyak 32,584 orang dari hari sebelumnya.



Lapor CNN Indonesia, berdasarkan data Pasukan Pencegahan Covid-19 Indonesia, sebanyak 982,370 dari 1.4 juta orang sudah menerima dos kedua vaksin Covid-19.



Antara golongan yang sudah menerima suntikan vaksin termasuk petugas perubatan dan pekerja sektor perkhidmatan awam.



Indonesia menyasarkan 181 juta atau sekitar 70 peratus penduduk akan menerima vaksin bagi membentuk kekebalan kelompok (herd immunity) dan seterusnya mengawal pandemik.



Indonesia sudah memulakan program vaksinasi Covid-19 tahap dua pada 17 Februari lalu dengan menyasarkan golongan peniaga, ulama, petugas media, guru dan atlet.



Selain itu, ia juga memulakan program vaksinasi terhadap golongan warga emas yang merupakan antara penyumbang utama kematian akibat Covid-19 di negara ini.



Sementara itu, bagi mempercepat vaksinasi, Kementerian Kesihatan Indonesia turut memperkenal program Vaksinasi Gotong-Royong yang menyaksikan syarikat swasta mengendalikan suntikan vaksin terhadap majikan dan pekerja.



Sebelum ini, golongan petugas media termasuk wartawan merupakan antara sasaran bagi vaksinasi Covid-19 peringkat kedua yang bermula pada pertengahan bulan lalu.



Lapor Kompas.com, jurucakap Vaksinasi Covid-19 Kementerian Kesihatan Indonesia, Cik Siti Nadia Tarmidzi berkata, selain petugas media, golongan pendidik, peniaga, tokoh agama, wakil rakyat, kakitangan pejabat kerajaan dan atlet juga bakal menerima vaksin dalam peringkat kedua.



"Setakat ini, dianggarkan 5,000 wartawan sudah menerima surat daripada kementerian untuk menerima suntikan vaksin," katanya.



Jelas Cik Siti Nadia, tarikh ditetapkan selepas Badan Kawalan Ubat dan Makanan (BPOM) memberikan kelulusan untuk meneruskan program vaksinasi.



"Dalam vaksinasi peringkat kedua ini, seramai 55,000 peniaga di pasar Tanah Abang juga akan menerima suntikan dan proses itu bakal berlangsung selama enam hari.



"Jumlah keseluruhan penduduk yang akan menerima suntikan vaksin peringkat kedua adalah sebanyak 38,513,446 yang terdiri daripada 21 juta golongan warga emas dan 17 juta pegawai perkhidmatan awam," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >