Premium
Surat 'mengancam' Trump buat Erdogan
Oct 18, 2019 | 5:30 AM
SURAT TRUMP: Surat berbaur ancaman yang ditandatangani Presiden Donald Trump bertarikh 9 Oktober lalu kepada Presiden Turkey, Encik Recep Tayyip Erdogan. Antara kandungan surat itu, Encik Trump telah menggesa Encik Erdogan "melakukan ini dengan cara yang betul dan berperikemanusiaan. Ia akan memandang anda selama-lamanya sebagai penjahat jika perkara baik tidak berlaku. Jangan berlagak kuat. Jangan jadi bodoh! Saya akan telefon anda nanti". - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah memberi amaran kepada Presiden Turkey Tayyip Erdogan supaya beliau "Jangan berlagak kuat" dan "Jangan jadi bodoh!", menerusi sepucuk surat mengenai serangan mendadak Turkey ke atas Syria.
Surat bertarikh 9 Oktober itu dikeluarkan oleh Rumah Putih kelmarin sedang Trump bertarung untuk mengawal kerosakan politik berikutan keputusannya untuk menarik keluar pasukan Amerika dari utara Syria, sekali gus membuka jalan bagi serangan mendadak Turkey terhadap tentera Kurdi, sekutu Amerika.

