Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suri rumah dijel 30 bulan kerana cuba sokong perbuatan pengganas

Oct 23, 2015 | 2:29 PM
DIPENJARA 30 BULAN: Suri rumah, Azizah Md Yusof, 54 tahun, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April tahun lalu. - Foto BHM
DIPENJARA 30 BULAN: Suri rumah, Azizah Md Yusof, 54 tahun, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April tahun lalu. - Foto BHM -

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah dihukum penjara 30 bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Ini selepas dia mengaku bersalah atas dua tuduhan cuba memberi sokongan kepada perbuatan pengganas melalui laman sosial Facebook, tahun lalu.

Hakim Kamardin Hashim, menjatuhkan hukuman itu terhadap Azizah Md Yusof, 54 tahun, selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah ketika kes ditetapkan untuk pengurusan kes, sebentar tadi.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh ditangkap pada 28 April tahun lalu.

Terdahulu, ibu kepada lima anak itu, hanya mendiamkan diri sebaik mahkamah membacakan keputusan itu. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg