PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia akan menubuhkan sebuah pasukan penguat kuasa untuk memantau sembarang unsur salah laku dan rasuah semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah, berkata pasukan itu akan melakukan kerja pemantauan dan penguatkuasaan dari hari penamaan calon sehingga pengumuman keputusan PRU14.