Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Suspek kebakaran Kyoto rancang pembunuhan ramai-ramai paling teruk dalam 18 tahun

Jul 19, 2019 | 12:17 PM
KEBAKARAN DI STUDIO KYOTO: Kebakaran di studio Kyoto Animation meragut nyawa 33 orang serta menyebabkan 10 orang kini dalam keadaan kritikal.
KEBAKARAN DI STUDIO KYOTO: Kebakaran di studio Kyoto Animation meragut nyawa 33 orang serta menyebabkan 10 orang kini dalam keadaan kritikal. - Foto REUTERS

KYOTO: Seorang lelaki yang disyaki membakar sebuah studio animasi di bahagian barat Jepun memekik karyanya telah dijiplak dan kelihatan seperti sudah merancang serangan itu, menurut media tempatan hari ini (19 Julai).

Kebakaran itu mengorbankan 33 orang dalam kejadian yang dianggap sebagai pembunuhan beramai-ramai yang paling teruk di Jepun sejak hampir dua dekad lalu.

Lelaki berusia 41 tahun itu kelihatan tidak puas hati, marah dan memekik untuk mengatakan bahawa dia telah dijiplak, menurut seorang wanita yang menyaksikan suspek itu ditahan pihak berkuasa.

Dia memekik "Mati!" sebelum menyimbah minyak petrol di pintu masuk ibu pejabat Kyoto Animation dan membakarnya sekitar 10.30 pagi waktu tempatan (9.30 pagi waktu Singapura) semalam.

Suspek dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan Kyoto Animation dan lesen pemandunya menyatakan bahawa alamatnya di Saitama, di bahagian utara Tokyo, menurut NHK.

Kyoto Animation antara lain menghasilkan siri anime popular seperti "Sound! Euphonium". - REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg