Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TEMBAKAN DI PUSAT BELI-BELAH DI COPENHAGEN

Suspek pernah dapat rawatan psikiatri

Belum ada bukti serangan dikait tindakan pengganasan: Ketua Polis Denmark
Jul 05, 2022 | 05:30 AM



COPENHAGEN: Polis Denmark mendedahkan bahawa suspek dalam serangan di sebuah pusat beli-belah di Copenhagen kelmarin pernah mendapatkan rawatan psikiatri sebelumnya.



Ketua Polis Inspektor Soren Thomassen juga memberitahu wartawan mangsa ditembak secara rambang, dan belum ada bukti mengaitkan serangan itu dengan tindakan pengganasan.



Dalam satu sidang akhbar, Encik Thomassen enggan menyatakan mengenai potensi motif suspek dan sama ada dia diketahui polis.



Namun beliau berkata suspek diketahui telah menggunakan khidmat kesihatan mental.



"Suspek dikenali dalam kalangan khidmat psikiatri. Selain itu, saya tidak mahu mengulas," katanya.



"Dia hanya menembak ke arah orang ramai, bukan di siling atau ke lantai," tambahnya.



Sementara itu, polis menyatakan mereka percaya satu video berkaitan suspek yang tular sejak petang kelmarin tampak sahih.



Lelaki muda itu dilihat bergambar dengan senjata, membuat isyarat bunuh diri dan bercakap tentang ubat psikiatri "yang tidak berkesan".



Akaun YouTube dan Instagram yang dipercayai miliknya telah ditutup.



Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh dikenal pasti sebagai seorang wanita dan seorang lelaki Denmark, kedua-duanya berumur 17 tahun, dan seorang warga Russia berusia 47 tahun yang menetap di Denmark.



Empat lagi cedera dalam tembakan itu: dua wanita Denmark, berusia 19 dan 40 tahun, dan dua warga Sweden, seorang lelaki berusia 50 tahun dan seorang wanita berusia 16 tahun.



Tabloid Denmark BT menyiarkan satu rakaman video yang belum disahkan yang dikatakan dirakam seorang saksi serangan, Encik Mahdi Al-wazni, yang menunjukkan seorang lelaki dengan senapang berjalan melalui pusat beli-belah Fields itu dan mengayunkannya ke bahunya



"Dia kelihatan sangat agresif dan menjerit terhadap perkara berbeza," kata Encik Al-wazni.



Satu rakaman lain yang diterbitkan tabloid Ekstra Bladet pula menunjukkan seorang mangsa dibawa anggota penyelamat ke dalam ambulans.



"Orang ramai mulanya menyangka dia pencuri... Kemudian saya tiba-tiba mendengar bunyi tembakan dan segera lari ke belakang kaunter di dalam kedai," kata seorang saksi, Cik Rikke Levandovski, kepada penyiar TV2.



Polis Copenhagen berkata pegawainya segera dihantar ke pusat beli-belah Fields di ibu kota itu selepas menerima laporan tembakan, dan membantu orang ramai yang berada di pusat beli-belah itu.



Polis melancarkan operasi mencari secara besar-besaran di seluruh daerah Zealand awal petang kelmarin, kata Encik Thomassen, tetapi berkata tiada tanda awal adanya penembak lain.



Ancaman pengganasan terhadap Denmark kini dinilai sebagai 'serius', dengan ancaman terbesar datang daripada "militan Islamisme", menurut laporan terbaru Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan Denmark.



Ancaman daripada pelampau sayap kanan pula dianggap pada tahap sederhana, yang bermaksud terdapat keupayaan dan/atau niat dan mungkin merancang menyerang.



Denmark kali terakhir menyaksikan serangan militan pada 2015, apabila dua orang terbunuh dan enam pegawai polis cedera apabila seorang lelaki bersenjata menembak dan membunuh seorang lelaki di luar pusat kebudayaan yang menganjurkan perdebatan mengenai kebebasan bersuara, dan kemudian membunuh seorang lagi di luar rumah ibadat Yahudi di pusat Copenhagen.



Lelaki bersenjata itu kemudian terbunuh dalam tembak-menembak dengan polis. - Reuters, AFP.




"Suspek dikenali dalam kalangan khidmat psikiatri. Selain itu, saya tidak mahu mengulas.
Dia hanya menembak ke arah orang ramai, bukan di siling atau ke lantai."
- Ketua Polis Inspektor Soren Thomassen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >