SPH Logo mobile
Langgan|

Suspek serangan disyaki warga Russia kelahiran Kyrgyztan

Suspek serangan disyaki warga Russia kelahiran Kyrgyztan

Apr 4, 2017 | 5:39 PM

Suspek serangan disyaki warga Russia kelahiran Kyrgyztan

REMUK: Gambar menunjukkan kereta api menjadi remuk akibat ledakan bom menyusuli serangan ganas yang berlaku di laluan kereta api di St Petersburg semalam. - Foto AFP
REMUK: Gambar menunjukkan kereta api menjadi remuk akibat ledakan bom menyusuli serangan ganas yang berlaku di laluan kereta api di St Petersburg semalam. - Foto AFP -

MOSCOW (Russia): Suspek yang melakukan serangan ganas di laluan kereta api di St Petersburg telah dikenalpasti sebagai wagra Russia dari masyarakat Kyrgyz, demikian menurut agensi berita Interfax yang menukil khidmat keselamatan Kyrgyzstan, hari ini.

Jurucakap bagi Jawatankuasa Keselamatan Nasional Negara (GKNB) Kyrgyzstan berkata, ia telah menerima permintaan rasmi dari pihak keselamatan Russia untuk mengenalpasti suspek.

GKNB menyatakan, suspek dikenali sebagai Akbarzhon Jalilov, yang lahir di Osh pada 1995.

Kyrgyzstan, sebuah negara majoriti Muslim di Asia Tengah dengan penduduk berjumlah enam juta orang.

Ia merupakan sekutu politik rapat Russia dan membenarkan Russia mengadakan pangkalan tenteranya di negara itu.

Seramai 11 orang terkorban dan 45 lagi cedera dalam serangan ganas yang menyaksikan sebuah bom meletup dalam kereta api di St Petersburg. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg