Premium
Suspek tanya sama ada mangsa Muslim sebelum serang
Sep 20, 2016 | 5:30 AM

KEJADIAN TIDAK DISANGKA: Imej video stesen televisyen KSTP 5 ini menunjukkan orang ramai masih berdiri di luar pusat beli-belah Crossroads Center di St Cloud, Minneapolis, di wilayah Minnesota, selepas satu kejadian serangan tikaman yang tidak disangkakan mencederakan lapan orang Sabtu lalu. - Foto AFP -
WASHINGTON: Tentera kumpulan militan IS dipercayai melancarkan serangan tikaman di sebuah pusat beli-belah di Minnesota sehingga mencederakan lapan orang, kata sebuah agensi berita yang dikaitkan dengan pelampau semalam.
"Pelaku serangan tikaman di Minnesota semalam (Sabtu) adalah seorang Daesh (anggota militan IS) yang menjalankan operasi sebagai tindak balas kepada arahan yang menyasarkan rakyat negara gabungan tentera salib," kata agensi berita Amaq kelmarin.

