Premium
Suspek tembak mangsa semasa jadi drebar Uber
Feb 23, 2016 | 5:30 AM

PILU ATAS KEMATIAN: Saudara-mara dan sahabat handai mangsa tembakan di Kalamazoo, Michigan, berkumpul, berdoa dan saling berpelukan di Gereja Center Point. - Foto AFP -
KALAMAZOO: Enam orang maut apabila seorang lelaki melepaskan tembakan ke arah mangsa secara rawak di luar kompleks pangsapuri, pusat pengedaran kereta dan restoran di Michigan dalam kejadian yang berlanjutan hampir tujuh jam.
Pihak berkuasa mengenal pasti penembak itu sebagai Jason Dalton, pemandu Uber berusia 45 tahun dan bekas penyiasat insurans yang tiada rekod jenayah.

