Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suspek utama dalam serangan di Strasbourg ditembak mati

Dec 14, 2018 | 04:13 PM



STRASBOURG: Suspek yang membunuh tiga orang dalam serangan di pasar Krismas Strasbourg, Perancis, Selasa lalu  ditembak mati oleh polis semalam (13 Disember) selepas diburu selama 48 jam, menurut sumber polis.



Cherif Chekatt, 29 tahun, ditembak mati selepas satu operasi polis besar-besaran dilancarkan sekitar 9 malam semalam waktu Perancis (4 pagi tadi, waktu Singapura) di kawasan Neudorf/Meinau di Strasbourg, kira-kira 2 kilometer dari tempat kejadian serangan itu berlaku.



Menurut sumber, Chekatt ditembak mati selepas dia melepaskan tembakan ke arah pegawai polis.



Menteri Dalam Negeri Perancis, Encik Christophe Castaner, memberitahu media bahawa tiga pegawai polis menemui seorang lelaki yang mereka percaya  Chekatt dan bersiap menangkapnya.



Namun, lelaki itu cuba melepaskan tembakan ke arah mereka pula. Oleh itu, polis menembak lelaki tersebut dan membunuhnya. - REUTERS




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >