KUALA LUMPUR: Pengusaha bas ekspres digesa berhenti mengamalkan budaya menawar gaji mengikut komisen bagi mengelakkan pemandu bas mengejar 'trip' atau perjalanan.

Sebaliknya, Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Malaysia, Tan Sri Syed Hamid Albar, mahu pengusaha bas menawarkan gaji pokok lebih tinggi kerana budaya mengejar komisen dipercayai menjadi punca pemandu bas keletihan dan tidak cukup rehat sehingga berlaku kemalangan.