Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan silam Haziq-PKR dicungkil

Jun 19, 2019 | 5:30 AM
TERPALIT SEKALI: Menerusi tangkap layar laman Twitter, Datuk Seri Azmin Ali dipercayai pernah berkomunikasi dengan Encik Haziq, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong. Dalam gambar ini, Datuk Azmin dirakam sewaktu menghadiri acara kawasan undinya di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Beliau menafikan penglibatannya dalam video seks yang tular itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai rancangan 'jahat' yang bertujuan menghentikan kerjaya politiknya. - Foto EPA-EFE
TERPALIT SEKALI: Menerusi tangkap layar laman Twitter, Datuk Seri Azmin Ali dipercayai pernah berkomunikasi dengan Encik Haziq, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong. Dalam gambar ini, Datuk Azmin dirakam sewaktu menghadiri acara kawasan undinya di Kuala Lumpur Sabtu lalu. Beliau menafikan penglibatannya dalam video seks yang tular itu dan menyifatkan dakwaan itu sebagai rancangan 'jahat' yang bertujuan menghentikan kerjaya politiknya. - Foto EPA-EFE -

KUALA LUMPUR: Penyebaran video seks yang kononnya melibatkan pegawai kerajaan, Encik Haziq Abdullah Abdul Aziz, dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, menimbulkan persoalan tentang sejauh mana hubungan antara Encik Haziq dengan pemimpin lain Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini.

Persoalan itu timbul apabila tular di media sosial tangkap layar interaksi antara ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Santubong itu melalui Twitter dengan, antaranya, presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; naib presiden, Encik Rafizi Ramli; malah dengan Datuk Azmin sendiri, yang juga timbalan presiden parti.

Encik Haziq, setiausaha sulit utama Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Akin, mengakui beliau salah seorang lelaki dalam video tersebut.

Beliau juga mendakwa lelaki yang seorang lagi itu ialah Datuk Azmin.

Namun, Datuk Azmin menafikan lalu menyifatkan dakwaan itu sebagai rancangan 'jahat' bertujuan menghentikan kerjaya politiknya.

Selepas penyebaran video tersebut, Datuk Azmin berkata beliau mengenali Encik Haziq daripada jauh sahaja dan tidak rapat.

Encik Rafizi pula berkata bahawa Encik Haziq tidak pernah bersamanya dan sepanjang masa rapat dengan orang lain.

Namun, hasil penelitian berdasarkan beberapa tangkap layar yang tular, Encik Haziq nampaknya mula berinteraksi dengan tiga pemimpin itu pada 2011.

Malah, bersandarkan gaya bahasa interaksi tersebut, Encik Haziq seolah-olah mempunyai hubungan baik dengan mereka selain saling mengenali.

Dalam pada itu, berdasarkan pautan yang diberikan, beberapa pos Twitter yang tular itu masih lagi ada.

Namun, akaun Twitter yang didakwa milik Encik Haziq sudah tidak wujud.

Setiausaha agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata interaksi mesra antara Encik Haziq melalui Twitter dengan pimpinan tertinggi PKR ialah cerita lama.

Hal itu berlaku sewaktu Encik Haziq menyertai kumpulan Mahasiswa Keadilan Malaysia.

Menurut beliau, ketika ditemui kelmarin, interaksi antara kepimpinan tertinggi PKR dengan aktivis mahasiswa memang kerap berlaku pada waktu itu.

Datuk Saifuddin berkata Encik Haziq hanya seorang daripada ramai aktivis gerakan tersebut, yang bertujuan mendedahkan golongan mahasiswa kepada dunia politik.

"Itu dululah. Masa itu Haziq aktivis Mahasiswa Keadilan Malaysia.

"Waktu itu antara inisiatif parti adalah mendampingi kelompok mahasiswa. Haziq hanyalah seorang daripada ramai mahasiswa yang sertainya. Interaksi antara pimpinan dengan kelompok mahasiswa memang berlaku.

"Sekarang sudah 2019. Sejak 2011, sudah lapan tahun berlalu. Macam-macam sudah berlaku," katanya, selepas menghadiri rumah terbuka Aidilfitri akhbar Suara Keadilan. - Utusan Online.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg