Premium
Maybank: Dokumen pindah dana libat Azmin palsu
Azmin nafi dirinya dalam video seks; bapa Haziq percaya anaknya lurus, terkejut dengan pengakuan yang dibuat
Jun 15, 2019 | 5:30 AM
CABARAN DAN TENTANGAN DALAM KERJAYA POLITIK: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, menggambarkan tuduhan dan sebaran video yang didakwa membabitkan dirinya sebagai satu plot jahat untuk merosakkan kerjaya politiknya. - Foto CHINA PRESS -
KUALA LUMPUR: Sebuah dokumen pemindahan dana yang didakwa membabitkan sebuah bank Malaysia dan ada kaitan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Azmin Ali telah disahkan sebagai palsu, kata agensi berita Bernama kelmarin dengan memetik Maybank, bank terbesar negara itu.
Satu tangkap layar kononnya daripada dokumen Maybank melibatkan pemindahan dana dilampirkan dengan klip video seks yang diedarkan sejak Selasa lalu melibatkan dua lelaki, salah seorang daripadanya dikatakan Datuk Seri Azmin.

