Topik diikuti
Pergi ke BHkuPakistan lancar operasi buru Taleban
Mar 30, 2016 | 5:30 AM
Pakistan lancar operasi buru Taleban
LAHORE: Pemerintah Pakistan melancarkan operasi memburu kumpulan militan Jamaat-ul-Ahrar yang mengaku bertanggungjawab melakukan serangan nekad di sebuah taman riadah di sini, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 72 orang dan mencederakan 340 mangsa lain.
Kumpulan tersebut yang merupakan serpihan kumpulan militan Taleban mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan itu yang menyasarkan penduduk Kristian di negara itu.