Premium
Masyarakat Kristian Palestin turut bantah langkah Trump
Dec 14, 2017 | 5:30 AM

BERGEMERLAPAN SEBELUM LAMPU POKOK KRISMAS DIPADAMKAN: Suasana di luar Gereja Bethlehem's Nativity pada awal bulan ini, dengan pokok Krismas dihiasi lampu. Namun, orang Kristian Palestin telah mematikan lampu pada pokok Krismas itu kurang sejam selepas Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel. - Foto REUTERS -
BAITULMAKDIS: Kurang sejam selepas Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu negara Israel, orang Kristian Palestin membantah dengan mematikan lampu pada pokok Krismas di luar Gereja Bethlehem's Nativity, tempat kelahiran Jesus.
Ia satu peringatan bahawa walaupun tajuk utama memberi tumpuan kepada gesaan Islam agar membantah, dan rujukan Encik Trump kepada hubungan sejarah Yahudi di Baitulmakdis, pengumuman Encik Trump juga membangkitkan perasaan mendalam dalam kalangan masyarakat Kristian kecil Palestin.

