Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Suu Kyi dihukum penjara empat tahun bagi pelbagai tuduhan baru

Jan 11, 2022 | 05:30 AM



NAYPITAW: Sebuah mahkamah di Myanmar semalam menjatuhkan hukuman penjara empat tahun ke atas pemimpin pemerintah awam negara itu yang diguling, Cik Aung San Suu Kyi, bagi beberapa pertuduhan, termasuk memiliki walkie-talkie tanpa lesen, menurut sumber biasa dengan prosiding itu.



Mahkamah itu menjatuhkan hukuman dua tahun ke atas Cik Suu Kyi kerana melanggar undang-undang eksport-import dengan memiliki radio mudah alih, dan satu tahun kerana mempunyai satu set alat isyarat.



Dua hukuman itu akan berjalan serentak, kata sumber tersebut.



Cik Suu Kyi juga dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi tuduhan melanggar undang-undang pengurusan bencana alam berkaitan peraturan koronavirus Covid-19, kata sumber itu.



Pemenang Hadiah Nobel berusia 76 tahun itu sedang dibicarakan bagi hampir sedozen kes yang boleh membawa kepada gabungan hukuman maksimum penjara lebih 100 tahun.



Beliau menafikan semua pertuduhan.



Myanmar berada dalam kekacauan sejak rampasan kuasa pada 1 Februari tahun lalu yang menjatuhkan pemerintah yang dipilih secara demokrasi pimpinan Cik Suu Kyi.



Tindakan itu menyebabkan bantahan meluas dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa mengenai berakhirnya pembaharuan politik di Myanmar setelah berakhirnya pemerintahan tentera selama beberapa dekad.



Cik Suu Kyi ditahan pada hari sama rampasan kuasa itu dan beberapa hari selepas itu, dokumen polis menyatakan enam walkie-talkie yang diimport secara haram ditemui semasa rumah beliau digeledah.



Pada 6 Disember, beliau dijatuhi hukuman penjara empat tahun kerana dituduh menghasut dan melanggar peraturan koronavirus.



Hukuman itu, yang kemudiannya dikurangkan kepada dua tahun, disambut dengan kecaman pihak antarabangsa terhadap apa yang disifatkan sebagai perbicaraan palsu.



Penyokong Cik Suu Kyi berkata kes terhadapnya tidak berasas dan direka untuk menamatkan kerjaya politiknya sedang tentera mahu mengukuhkan kuasa mereka.



Junta tentera pula berkata Cik Suu Kyi diberi proses keadilan sewajarnya oleh mahkamah bebas yang diketuai hakim yang dilantik oleh pentadbirannya sendiri.



Perbicaraan Cik Suu Kyi di ibu kota Naypyitaw ditutup kepada media, sementara peguam beliau dihalang berkomunikasi dengan media dan orang ramai.



Tentera tidak mendedahkan tempat Cik Suu Kyi ditahan.



Beliau sebelum ini menghabiskan masa bertahun-tahun di bawah tahanan rumah di bawah pemerintah tentera terdahulu. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >