Premium
Suu Kyi minta AS ruang bagi selesaikan isu Rohingya
May 24, 2016 | 5:30 AM
HORMATI HAK ASASI MANUSIA: Encik Kerry (kiri)menggesa Cik Suu Kyi (kanan) dan pemerintah baru Myanmar supaya mengambil langkah mempertahan hak asasi kaum minoriti Islam Rohingya di negara itu. - Foto REUTERS -
NAYPYIDAW (Myanmar): Pemerintah Cik Aung San Suu Kyi memohon supaya diberikan cukup ruang untuk menyelesaikan rintihan penduduk Islam Rohingya Myanmar, selepas Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry menggesa pemenang Hadiah Nobel keamanan itu menghormati hak asasi manusia.
Kira-kira 125,000 puak Rohingya di Myanmar kehilangan tempat tinggal dan berdepan sekatan perjalanan di kem sejak pertempuran tercetus di negeri Rakhine antara penganut Buddha dan umat Islam pada 2012.

