Topik diikuti
Pergi ke BHkuSuu Kyi nafi 'pembersihan etnik' berlaku di Rakhine

Apr 7, 2017 | 5:30 AM
Suu Kyi nafi 'pembersihan etnik' berlaku di Rakhine
LONDON: Pemimpin Myanmar, Cik Aung San Suu Kyi, menyifatkan 'pembersihan etnik' sebagai satu istilah melampau bagi menggambarkan apa yang berlaku di rantau Rakhine, yang majoriti penduduknya Muslim, lapor laman berita BBC kelmarin.
"Saya tidak fikir pembersihan etnik sedang berlaku," kata Cik Suu Kyi semasa diwawancara BBC, apabila ditanya apakah beliau akan dikenang sebagai penerima Hadiah Keamanan Nobel yang tidak mengendahkan pembersihan etnik yang berlaku di negaranya sendiri.
Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti