Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Suu Kyi, pemimpin lain ditahan tentera Myanmar

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Suu Kyi, pemimpin lain ditahan tentera Myanmar

Feb 02, 2021 | 05:30 AM

YANGON: Pengerusi Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Cik Aung San Suu Kyi, dan beberapa pemimpin parti pemerintah telah ditahan tentera Myanmar, kata jurucakap parti itu pagi semalam, lapor agensi berita AFP.

"Kami mendengar Presiden (Encik Win Myint) dan Kaunselor Negara (Cik Aung San Suu Kyi) sudah ditahan di Naypyidaw... kami juga mendengar mereka ditahan oleh pihak tentera," kata jurucakap NLD, Dr Myo Nyunt.

"Kami beranggapan bahawa tentera sedang merancang untuk merampas kuasa, berdasarkan situasi semasa dan apa yang kami perhatikan," katanya.

Beliau berkata, parti itu juga tidak pasti sama ada persidangan Parlimen yang julung kali diadakan selepas pilihan raya November lalu, yang sepatutnya bermula hari ini akan diteruskan atau sebaliknya.

"Sistem telekommunakasi terganggu... sukar untuk menghubungi melalui telefon di Naypyidaw," katanya.

Penahanan Cik Suu Kyi dibuat seminggu selepas pemimpin kanan tentera, Jeneral Min Aung Hlaing, mengumumkan tidak menolak kemungkinan rampasan kuasa akan berlaku bagi memansuhkan Perlembagaan negara itu, sekali gus menangani krisis politik itu.

Sejak beberapa minggu lalu, tentera Myanmar menuduh berlakunya penipuan dalam pilihan raya umum pada November lalu, yang menyaksikan parti pemerintah (NLD) pimpinan Cik Suu Kyi menang besar.

Myanmar, yang baru sedekad keluar selepas hampir 50 tahun diperintah tentera, masih berada di bawah sistem demokrasi dikawal ketat jeneral tentera walaupun pada hakikatnya berkongsi kuasa dengan pentadbiran yang dipilih rakyat.

Wakil rakyat baru dijangka bersidang di Parlimen semalam.

Pemilihan pada November lalu adalah pilihan raya demokratik yang kedua di Myanmar sejak negara itu keluar daripada regim pemerintahan diktator selama 49 tahun.

Seperti diharapkan, Cik Suu Kyi, tokoh sangat dikenali di Myanmar dan partinya menyapu bersih pemilihan, sekali gus meneruskan pentadbiran mereka untuk lima tahun lagi.

Bagaimanapun, tentera mendakwa terdapat 10 juta kes penipuan pemilih di seluruh negara dan mahu siasatan diadakan serta menuntut pelepasan daftar pemilih dari suruhanjaya pilihan raya bagi tujuan pengesahan.

Mengulas tentang keadaan yang berlaku, Pengarah Eksekutif Institut Pengajian Dasar dan Strategi Myanmar, Encik Min Zin, dalam pandangan yang diketengahkan di laman institusi itu menyatakan, terdapat tiga kesan utama yang boleh dihadapi akibat kemelut yang berlaku.

"Pertama, pihak tentera tidak hilang kuasa, tetapi ia tidak bertindak sebagai sebuah badan politik. Kedua, memboikot tanpa menghadiri (sidang) parlimen. Jadi pilihan raya presiden boleh menjadi pelantikan untuk tiga menteri keselamatan. Yang terakhir sekali, tentera ambil alih kuasa," ujarnya.

Akhbar Myanmar, Mizzima News, pada 29 Januari lalu memetik Jeneral Hlaing sebagai berkata, perlembagaan 2008 adalah "ibu kepada segala undang-undang" dan harus dihormati.

Jurucakap bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Encik Stephane Dujarric, berkata setiausaha agung memantau keadaan dengan penuh keprihatinan akan perkembangan di Myanmar.

"Beliau (Encik Antonio Guterres) menggesa semua pelaku berhenti daripada melakukan sebarang bentuk provokasi atau mengapi-apikan keadaan, menunjukkan daya kepimpinan, dan mematuhi norma demokratik serta menghormati keputusan pilihan raya umum pada 8 November lalu.

"Semua pertikaian berkenaan pilihan raya harus dihuraikan mengikut kaedah perundangan," ujarnya sambil menekankan bahawa Encik Guterres mengulangi sokongan PBB kepada rakyat dan pemerintah Myanmar dalam usaha mencapai keamanan, termasuk pembangunan tekal, tindakan kemanusiaan, hak asasi dan pelaksanaan undang-undang.

Cik Suu Kyi memenangi pilihan raya 2015 tetapi berdepan dengan beberapa kekangan perlembagaan.

Antaranya, mana-mana warga Myanmar yang berkahwin dengan warga asing dilarang daripada menjadi presiden negara itu.

Cik Suu Kyi, yang mengahwini seorang warga British, mengetepikan undang-undang itu selepas memenangi pilihan raya 2015 dan menjadi kaunselor negara - satu peranan kepimpinan yang diwujudkan pemerintahnya.

Kali terakhir Myanmar menyaksikan perlembagaan negara itu dibatalkan adalah pada 1962 dan 1988 - apabila tentera merampas kuasa dan mengambil alih pemerintahan negara itu.


PBB LAHIR KEPRIHATINAN

"Beliau (Encik Antonio Guterres) menggesa semua pelaku berhenti daripada melakukan sebarang bentuk provokasi atau mengapi-apikan keadaan, menunjukkan daya kepimpinan, dan mematuhi norma demokratik serta menghormati keputusan pilihan raya umum pada 8 November lalu. Semua pertikaian berkenaan pilihan raya harus dihuraikan mengikut kaedah perundangan."
- Encik Stephane Dujarric, jurucakap bagi Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres.


SEKILAS URUTAN

September 2020: Koronavirus melanda Myanmar. Pemerintah melaksanakan sekatan pergerakan di Yangon, ibu kota komersial negara itu, dan beberapa kawasan lain tetapi menetapkan pilihan raya umum 8 November akan diteruskan.

22 September: Penyiasat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar, Encik Thomas Andrews, berkata pilihan raya akan gagal dalam memenuhi piawaian antarabangsa kerana rasa tidak puas hati ratusan ribu orang kaum Rohingya. Sekurang-kurangnya 12 individu yang memohon untuk tampil sebagai calon pilihan raya, namun enam telah ditolak.

17 Oktober: Suruhanjaya Pilihan Raya Myanmar membatalkan pengundian di banyak tempat di wilayah Rakhine, di mana pertempuran dengan Tentera Arakan (AA) telah membunuh puluhan orang dan mengakibatkan puluhan ribu yang lain hilang tempat tinggal.

3 November: Ketua Tentera Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing, berkata pemerintah telah membuat "kesalahan yang tidak boleh diterima" semasa tempoh menjelang pilihan raya - amaran kedua dalam dua hari tentang sikap berat sebelah yang dilakukan pemerintah dalam pengundian yang akan dijalankan. Dalam catatan di Facebook, Cik Suu Kyi menggesa rakyat kekal bertenang dan menggesa pengundi untuk tidak berasa terancam.

9 November: Parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) mendakwa mengecapi kemenangan besar dalam pilihan raya umum. Jurucakap NLD, Dr Myo Nyunt, berkata beliau jangka NLD menguasai lebih 390 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya 2015.

11 November: Parti pembangkang utama, Parti Perikatan Perpaduan dan Pembangunan (USDP), menggesa diadakan semula pilihan raya dan memohon campur tangan tentera bagi memastikan keadilan, mendakwa berlakunya pelanggaran peraturan.

13 November: NLD berkata ia akan cuba membentuk pemerintah perpaduan selepas keputusan pilihan raya menunjukkan ia memenangi kerusi parlimen yang mencukupi untuk membentuk pemerintah.

26 Januari 2021: Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Zaw Min Tun, memberi amaran ia akan "mengambil tindakan" jika pertikaian pilihan raya tidak diselesaikan dan tidak menolak rampasan kuasa, dan meminta suruhanjaya untuk menyiasat senarai pengundi yang dikatakan ada percanggahan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3