Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SUV rempuh restoran di Washington, dua maut, 9 cedera

Mar 13, 2022 | 5:30 AM
030e6555-11de-4462-8174-b254bcf620ef
-

WASHINGTON: Dua maut, manakala sembilan lagi cedera apabila sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) merempuh ruang makan terbuka sebuah restoran di barat laut Washington, semalam.

Hasil siasatan awal mendapati SUV dipandu seorang lelaki warga emas itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh kawasan restoran terbabit, kata Komander Duncan Bedlion daripada Jabatan Polis Metropolitan.

"Bukti menunjukkan ia adalah kemalangan yang tidak disengajakan," kata Encik Bedlion kepada pemberita.

Lapan daripada mangsa yang cedera dibawa ke hospital dengan lima berada dalam keadaan kritikal, termasuk dua wanita yang kemudian disahkan meninggal dunia.

Nahas berlaku jam 12.18 tengah hari ketika kebanyakan pelanggan sedang menjamu selera di ruang luar restoran terbabit dan ruang rehat yang terletak bersebelahan kejiranan Chevy Chase, berhampiran Maryland. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg