Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sweden, Denmark gantung suntikan vaksin Moderna ke atas golongan muda

Oct 08, 2021 | 05:30 AM



STOCKHOLM: Sweden dan Denmark menggantung memberikan vaksin Covid-19, Moderna, kepada individu yang lebih muda berikutan kemungkinan kesan sampingan yang jarang berlaku, seperti miokarditis.



Agensi kesihatan Sweden kelmarin mengumumkan akan menghentikan suntikan Moderna bagi individu yang berusia 30 tahun dan ke bawah setelah data menunjukkan peningkatan kes miokarditis dan perikarditis pada remaja dan dewasa muda setelah diberi vaksin.



Keadaan ini melibatkan keradangan jantung atau lapisannya.



"Kaitannya jelas nampak bagi vaksin Moderna Spikevax, terutama setelah suntikan dos kedua,'' kata agensi kesihatan dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa risikonya sangat kecil.



"Seramai 81,000 mereka yang dilahirkan pada 1991 dan selepas itu sudah menerima suntikan pertama vaksin Moderna, tidak akan mendapat dos kedua," kata kenyataan itu.



Ketua epidemiologi Sweden Anders Tegnell berkata agensi kesihatan akan terus memantau keadaan dengan teliti dan bertindak pantas untuk memastikan vaksinasi terhadap Covid-19 selalu selamat digunakan dan pada masa yang sama memberikan perlindungan yang berkesan terhadap penyakit ini.



Di Denmark, individu di bawah usia 18 tahun tidak akan diberi vaksin Moderna sebagai langkah berjaga-jaga, kata pihak berkuasa kesihatan negara itu kelmarin.



Beliau mengatakan data yang dikumpulkan dari negara-negara Nordik - Denmark, Norway, Sweden, Finland dan Iceland - menunjukkan ada kecurigaan peningkatan risiko radang jantung ketika divaksinasi dengan suntikan Moderna, walaupun jumlah kes tetap rendah.



Data awal dari kajian negara-negara Nordik telah diserahkan kepada Agensi Perubatan Eropah dan kini akan dinilai.



Kedua-dua negara kini mencadangkan penggunaan vaksin Comirnaty yang dihasilkan oleh Pfizer/BioNTech.



Norway telah menyediakan vaksin Comirnaty untuk kanak-kanak di bawah umur.



Negara ini menekankan bahawa kesan sampingan yang jarang berlaku lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki dan perempuan terutamanya selepas suntikan kedua.



Pihak berkuasa Finland juga telah mengumumkan bahawa negara itu akan mendedahkan keputusannya kelak.



EMA meluluskan penggunaan Comirnaty pada Mei lalu, sementara Spikevax diberikan kelulusan digunakan untuk kanak-kanak berusia lebih 12 tahun pada Julai. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >