Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat China paksa pekerja makan ulat hidup jika gagal capai sasaran jualan

Nov 15, 2016 | 02:07 PM



BEIJING: Sebuah kedai perabot rumah di China memperkenalkan hukuman pelik bagi pekerja berprestasi rendah - memaksa mereka makan larva berwarna kuning sejenis kumbang.



Bukan itu sahaja, mereka dipaksa memakan ulat itu hidup-hidup kdi khalayak ramai, dilaporkan Daily Rakyat Online.



Pada kira-kira 6.30 petang Selasa lalu (8 Nov), kira-kira 50 orang yang memakai uniform kedai itu berkumpul di dataran di pusat bandar wilayah Hanzhong, Shaanxi.



Seorang lelaki kemudian tiba dengan dua beg. Satu beg berisi penyepit, cawan dan dua botol minuman keras. Yang satu lagi mengandungi ulat itu.



Selepas membacakan nama pekerja berprestasi rendah, lelaki itu menuang minuman keras ke dalam setiap cawan, menaruh ulat itu ke dalamnya, dan kemudian menyuruh pekerja berkenaan meminumnya.



Lima atau enam orang mengikuti arahan lelaki itu.



Menurut seorang pekerja kedai, setiap pagi mereka dikehendaki pagi melaporkan sasaran kerja mereka kepada penyelia, dan sesiapa yang gagal mencapai sasaran itu dihukum esoknya.



"Hukuman hari ini makan ulat yang mereka beli dari pasaran haiwan peliharaan. Empat cacing bagi kehilangan seorang pelanggan," ujar seorang lagi pekerja.



Pada 10 Nov, seorang wartawan akhbar tempatan bercakap dengan orang bertanggungjawab, Encik Cao.



"Kami menetapkan sasaran jualan bagi hari esok dan semua orang menandatangani satu jaminan. Jika sesiapa gagal mencapai sasaran itu, dia akan menerima hukuman secara sukarela," kata Encik Cao.



"Sasaran ditetapkan oleh pekerja, dengan tujuan memotivasi diri."



Namun, sesetengah pemerhati berkata syarikat itu sepatutnya menghormati pekerjanya dan bukan memburukkan imej mereka.



Encik Zhao Xiaodong, seorang peguam tempatan, berkata memaksa pekerja makan ulat secara langsung melanggar hak pekerja dan memberi mereka alasan untuk melaporkan pelanggaran itu kepada jabatan pemeriksaan buruh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >