Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

WAWANCARA ANWAR DI S’PURA BERSAMA BLOOMBERG

Syarikat pemaju mahu bina satu lagi pelabuhan laut di pesisir Melaka

Feb 02, 2023 | 05:30 AM



MELAKA: Sebuah syarikat pemaju masih berhasrat membina satu lagi pelabuhan laut dalam di pesisir Melaka - ini walaupun sudah ada beberapa rancangan pembangunan pelabuhan di selatan semenanjung Malaysia.



Far East (Melaka) Sdn Bhd menghantar laporan penilaian impak alam sekitar (EIA) pada 21 Disember 2022 berkenaan cadangan pembinaan sebuah pelabuhan dan terminal kapal persiaran seluas 1,190 ekar (bersamaan 899 padang bola sepak di daerah Melaka Tengah.



Pelan tersebut terbahagi kepada dua bahagian - pertama untuk membina "pelabuhan laut dalam pelbagai guna antarabangsa" dekat Alai. Cetak biru laporan EIA menunjukkan sebuah terminal gas dan cecair, jeti kargo dan dermaga kontena akan dibina di pelabuhan tersebut, lapor MalaysiaKini.



Bahagian kedua adalah untuk membina terminal kapal persiaran antarabangsa seluas 50 ekar (bersamaan 37 padang bola sepak) dekat Pulau Melaka.



Kedua-duanya sebahagian daripada "Central Eco Business Park" dalam cetak biru Zon Ekonomi Pesisiran Pantai Melaka (M-WEZ).



Pasukan EIA dengan pesimis membangkitkan pelan Far East akan merosakkan alam sekitar, habitat haiwan terancam dan industri perikanan - dengan kehidupan dan pendapatan para nelayan akan terjejas secara kekal.



Mereka menjangka untuk menampung kerosakan akibat projek tambak tanah, penduduk tempatan akan menanggung kerugian bernilai RM144.87 juta ($44.71 juta) untuk 50 tahun akan datang.



Isu alam sekitar utama yang dikenal pasti pasukan EIA adalah kehilangan kekal dasar laut berlumpur seluas 1,190 ekar serta kesan sosioekonomi berkaitan pendapatan nelayan, orang tengah dan perniagaan yang berkaitan.



Turut terjejas adalah usaha pemeliharaan dan pemuliharaan ekosistem marin yang akan dilaksanakan, kesan terhadap kegiatan rekreasi dan gangguan alam sekitar yang dihadapi penduduk tempatan.



Parti Sosialis Malaysia dan sekumpulan pertubuhan bukan pemerintah (NGO) membantah projek pembinaan pelabuhan laut dalam di pesisir Melaka yang melibatkan penambakan laut seluas 1,190 ekar di daerah Melaka Tengah.



Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan bersama hampir 30 NGO selepas Malaysiakini melaporkan perkara itu.



Kumpulan-kumpulan itu bimbang projek melibatkan keluasan hampir 900 padang bola itu memusnahkan alam sekitar. Laporan EIA turut menyatakan sejumlah penduduk bersikap skeptik terhadap pelan membina terminal kapal persiaran seluas 50 ekar dan bimbang projek itu akan gagal.



"Keadaan sekarang juga ada bangunan komersial (berdekatan) yang tidak beroperasi dengan baik. Dibimbangi keadaan ini juga akan dialami projek terminal yang dicadangkan."



"Berdasarkan visi Malaysia Madani yang dilancarkan oleh perdana menteri baru-baru ini, prinsip kemampanan adalah antara tonggak yang harus diutamakan dalam proses pembangunan negara.



"Maka kami menyeru semua pihak untuk mengkaji semula projek-projek mega dan membatalkan projek tambakan laut seluas 1,190 ekar ini yang tidak mengutamakan kesejahteraan rakyat malah memudaratkan alam sekitar," kata mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >