Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat penerbangan Air New Zealand sambung perkhidmatan

Feb 16, 2023 | 5:30 AM
869c054c-153f-4438-a05d-f9ae9c65c946
-

AUCKLAND: Syarikat penerbangan Air New Zealand menyambung semula perkhidmatan ke semua lapangan terbang mulai Rabu setelah penerbangan terpaksa dihentikan apabila ribut tropika, Taufan Gabrielle, melanda utara negara itu.

Semasa taufan membadai, syarikat penerbangan itu membatalkan 821 penerbangan dan seramai 50,000 pelanggan antarabangsa terganggu perjalanan mereka dengan 6,500 tiket terpaksa ditempah semula.

Syarikat penerbangan terbesar negara itu pada hari Selasa terpaksa menghentikan operasi domestik dan antarabangsa dari Auckland kerana peningkatan angin kencang pada sebelah petang, yang turut menyebabkan 300 lagi perkhidmatan dibatalkan.

Angin kelajuan 140 kilometer sejam dilaporkan membadai wilayah Northland manakala Jambatan Pelabuhan Auckland digegarkan tiupan 110 kilometer sejam

Syarikat penerbangan itu juga berkata ia akan menambah perkhidmatan ke beberapa bandar di rangkaian antarabangsanya serta perkhidmatan domestik tambahan antara Christchurch dan Auckland.

Taufan Gabrielle juga menjejas malapetaka pada rangkaian perjalanan New Zealand, dengan penerbangan, jadual kereta api dan bas terjejas teruk. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg