Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat penerbangan Israel rancang buka laluan baru lepas Saudi izin guna ruang angkasanya

Jul 19, 2022 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Penerbangan Israel merancang meluas dan membuka laluan penerbangan baru ke India dan beberapa destinasi di Asia selepas Arab Saudi mengumumkan keputusan membenarkan penggunaan ruang angkasanya.



Langkah itu akan dapat menjimatkan kos minyak dan mempercepat waktu penerbangan.



Selama tidak ada hubungan terbuka antara kededua negara itu, dan kini adanya juga rundingan dengan Oman, Menteri Pengangkutan Israel, Encik Merav Michaeli, berkata pelaksanaan persetujuan baru itu akan memakan masa beberapa minggu lagi.



Sebelum pengumuman Riyadh itu yang dibuat Jumaat lalu, penerbangan Israel hanya boleh melewati ruang angkasa Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain.



Ketiadaan sekatan menggunakan ruang angkasa itu bererti penerbangan Israel boleh sampai ke Asia.



Kedua-dua penerbangan, El Al Israel dan saingan kecilnya Arkia sudah membuat permohonan mendapatkan kebenaran menggunakan ruang angkasa Arab Saudi itu, kata mereka pada Ahad lalu.



Langkah itu juga akan dapat menjimatkan masa penerbangan sekitar dua jam setengah untuk ke India dan Thailand.



Laluan yang ada sekarang untuk ke dua destinasi popular itu melewati ruang angkasa Arab Saudi iaitu melalui bahagian selatan Laut Merah sekitar Yemen.



Amerika Syarikat telah mengatur rundingan tersebut dengan Encik Michaeli berkata akan membawa kepada penyelarasan langsung antara agensi penerbangan Israel dan Arab Saudi - walaupun Riyadh masih belum mengiktiraf negara Israel.



"Ini suatu keadaan yang jelas lebih baik daripada langsung tidak ada hubungan. Jadi apa jua yang boleh kami capai, kami akan mengusahakannya dan bekerja bagi membina lebih banyak hubungan serta mewujudkan kepercayaan," ujarnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >