Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Syarikat Sinovac Biotech perolehi dana AS$515 juta

Dec 8, 2020 | 5:30 AM
PENAWAR ATASI COVID-19: (Dari kiri) Setiausaha Kesihatan Sao Paulo, Dr. Jean Gorinchteyn; Gabenor Sao Paulo, Encik Joao Doria dan Pengarah Institut Butantan, Encik Dimas Covas bergambar bersebelahan kontena mengandungi vaksin CoronaVac selepas dipunggah keluar dari pesawat kargo yang sampai dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, dekat Sao Paulo, Brazil, pada 3 Disember lalu. - Foto AFP
PENAWAR ATASI COVID-19: (Dari kiri) Setiausaha Kesihatan Sao Paulo, Dr. Jean Gorinchteyn; Gabenor Sao Paulo, Encik Joao Doria dan Pengarah Institut Butantan, Encik Dimas Covas bergambar bersebelahan kontena mengandungi vaksin CoronaVac selepas dipunggah keluar dari pesawat kargo yang sampai dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Guarulhos, dekat Sao Paulo, Brazil, pada 3 Disember lalu. - Foto AFP -

SHANGHAI: Syarikat China, Sinovac Biotech, telah mendapatkan AS$515 juta ($687.15 juta) dalam pendanaan dari sebuah syarikat tempatan untuk menggandakan pengeluaran vaksin koronavirus, menurut syarikat-syarikat itu semalam, sedang ia menjangka mendapatkan data keberkesanannya bulan ini.

Perjanjian pelaburan itu datang di kala Sinovac meluaskan perjanjian bekalan dan uji kajinya bagi vaksin Covid-19 yang sedang diuji. CoronaVac, dengan lebih banyak negara menyusuli hasil positif dari uji kaji klinikal di fasa awal dan pertengahan .

Syarikat China, Sino Biopharmaceutical Limited, berkata semalam, sebuah unit perniagaannya akan melabur AS$515 juta ke dalam Sinovac Life Sciences, sebuah anak syarikat Sinovac, bagi membantu membangunkan dan menghasilkan CoronaVac.

Pelaburan ini akan memberi Sino Biopharmaceutical kepentingan 15.03 peratus dalam Sinovac Life Sciences, Sino Biopharmaceutical berkata dalam pemfailan di Bursa Saham Hong Kong.

Sinovac berkata, dalam satu kenyataan berasingan, ia akan berupaya menghasilkan 300 juta dos vaksin setahun dan cuba menyelesaikan pembinaan kemudahan kedua sebelum akhir 2020 bagi meningkatkan keupayaan pengeluaran vaksin kepada 600 juta setahun.

Bergantung kepada keadaan pasaran dan penyediaan kewangan, ia mungkin cuba meluaskan keupayaan penghasilan, kata Sinovac.

Sinovac telah mendapatkan perjanjian bekalan dengan beberapa negara termasuk Indonesia, Turkey, Brazil dan Chile, dan sedang berunding dengan Filipina untuk potensi jualan.

CoronaVac juga merupakan salah satu daripada tiga vaksin Covid-19 yang sedang dibangunkan China untuk inokulasi sekitar 1 juta orang di bawah program penggunaan kecemasan.

Pusat Bioperubatan Brazil, Institut Butantan, yang menjalankan uji kaji Fasa ke-3 CoronaVac di negara itu berkata minggu lalu, bahawa Sinovac menjangkakan akan menyiarkan keberkesanan hasil uji kaji menjelang 15 Disember ini. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg