Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syarikat S’pura boleh teroka peluang lanjut di pasaran Kazakhstan

Antara beberapa MOU, perjanjian yang disaksikan Presiden Halimah sewaktu kunjungan negaranya ke Kazakhstan
May 22, 2023 | 07:33 PM



SATU Perjanjian Mengenai Perdagangan dalam Perkhidmatan dan Pelaburan telah ditandatangani antara Singapura dengan Kazakhstan pada Isnin.

Sebaik sahaja perjanjian tersebut berkuat kuasa, ia akan memberi syarikat Singapura akses yang lancar kepada pasaran Kazakhstan dalam sektor perkhidmatan satu sama lain dan memberi perlindungan pelaburan yang lebih baik buat pelabur.

Antara lebih 15 sektor itu ialah khidmat perubatan khusus, rekaan dalaman, pergigian dan hiburan.

Menteri Tenaga Manusia merangkap Menteri Kedua (Perdagangan dan Perusahaan), Dr Tan See Leng yang menandatangani perjanjian tersebut berkata bahawa ia merupakan pencapaian penting.

“Ia mencerminkan kerjasama antara Singapura dengan Kazakhstan yang semakin berkembang. Ia menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk membolehkan kemungkinan baru buat rakyat dan perniagaan kita. Perjanjian ini akan memudahkan syarikat Singapura yang menerokai Kazakhstan, negara yang mempunyai peluang yang besar dan merupakan papan loncatan kepada rantaunya,” ujar Dr Tan.

Ia merupakan antara beberapa memorandum persefahaman (MOU) dan perjanjian antara pemerintah yang telah disaksikan Presiden Halimah Yacob sewaktu kunjungan negaranya ke Kazakhstan.

Berucap di Forum Perniagaan Kazakhstan-Singapura pada Isnin di Hotel St Regis, Puan Halimah menggalakkan syarikat Kazakhstan agar meneroka peluang di Singapura dan menggunakan negara ini sebagai hab untuk mendekati Asia Tenggara yang bertenaga dan sedang berkembang.

Forum tersebut menghimpunkan ramai pemimpin perniagaan, termasuk 20 wakil dari syarikat berpangkalan di Singapura untuk teroka peluang di Kazakhstan.

“Berlatarbelakangkan sekitaran sejagat yang semakin rumit dan mencabar, kepentingan kepelbagaian dan daya tahan ekonomi telah dibawa ke hadapan.

“Dalam hal ini, Singapura terus mencari dan terbuka kepada rakan serta perniagaan baru. Begitu juga, Kazakhstan merupakan destinasi menarik bagi syarikat secara global, dan terdapat skop untuk meluaskan kerjasama ekonomi kita,” katanya.

Bersama ratifikasi akan datang bagi Perjanjian Pelaburan Dua Hala yang ditandatangani pada 2018, Puan Halimah berkata beliau yakin perjanjian yang dibuat akan memperkukuh pertalian ekonomi Singapura dan Kazakhstan.

Beliau berkata Kazakhstan merupakan negara yang mempunyai banyak sumber dan potensi ekonomi yang besar, dan terletak secara strategik antara Eropah dengan Asia di tengah-tengah Asia Tengah.

Di bawah kepimpinan Presiden Kazakhstan, Encik Kassym-Jomart Tokayev, Kazakhstan telah mengambil langkah bermakna dan berjaya untuk memperbaharui ekonomi dan telah menjadi hab ideal bagi perniagaan yang mahu mengakses bukan sahaja pasaran Kazakhstan malah rantau Asia Tengah yang lebih luas, ujarnya.

“Kazakhstan merupakan rakan perdagangan terbesar Singapura di Asia Tengah. Syarikat Singapura berjaya menembusi Kazakhstan dalam pelbagai sektor, termasuk perancangan induk, logistik, ketersambungan digital, e-tadbir urus, dan pembinaan keupayaan,” tambahnya.

Beliau menukil contoh syarikat Surbana Jurong, PSA International dan Indorama yang akan menandatangani MOU bersama rakan Kazakhstan mereka supaya dapat meneroka peluang lanjut dalam pasaran sana.

Puan Halimah meluahkan keyakinan bahawa hubungan Singapura dan Kazakhstan akan terus berkembang untuk menjadi lebih kukuh.

Menyentuh tentang Singapura sebagai hab untuk mendekati Asia Tenggara, Puan Halimah berkata Persatuan Negara Asia Tenggara (Asean) mempunyai Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) kumulatif sebanyak AS$3.4 bilion ($4.6 bilion) pada 2021.


Rantau ini mempunyai kelas pertengahan yang semakin berkembang dan berada di landasan betul untuk menjadi ekonomi keempat terbesar dalam dunia menjelang 2030, kata Puan Halimah.

Laporan lanjut - Muka 2




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >