Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sydney catat hujan paling banyak dalam 164 tahun

Oct 07, 2022 | 05:30 AM



SYDNEY: Sydney mencatat jumlah hujan paling banyak dalam tempoh 164 tahun sedang pihak berkuasa bersiap sedia menghadapi banjir besar di bahagian timur Australia itu semalam, dengan hujan lebat dijangkakan dalam beberapa hari akan datang.



Dengan sekitar tiga bulan lagi hingga akhir tahun ini, bandar terbesar Australia itu telah mencatat 2,200mm hujan dalam tempoh setahun buat kali pertama sejak 1858.



Menjelang tengah hari semalam, Sydney mencatat sekitar 2,213mm hujan bagi tahun ini, melepasi rekod yang dicatat sebelum ini iaitu sebanyak 2,194mm hujan pada 1950, menurut data rasmi. Lebih 58mm hujan turun sepanjang lima jam mulai 9 pagi waktu tempatan, menurut data Biro Kaji Cuaca (BoM).



Lebih banyak hujan lebat diramalkan bagi baki tahun ini sedang kawasan pantai timur Australia terus dilanda fenomena cuaca La Nina buat tahun ketiga berturut-turut.



"Menjelang hujung musim bunga dan musim panas, kami masih berada dalam tempoh La Nina secara aktif, jadi kita boleh menjangkakan lebih banyak hujan dan ini juga menambah risiko banjir," kata peramal cuaca BoM, Encik Jonathan How.



Sepanjang dua tahun lalu, kawasan pinggir bandar dibelenggu banjir tiga kali, hingga memaksa puluhan ribu orang terpaksa meninggalkan rumah mereka.



Dengan cuaca buruk dan hujan lebat dijangkakan di bahagian timur Australia hujung minggu ini, pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk Sydney tentang kemungkinan berlakunya banjir kilat dan meminta mereka menjauhi jalan raya yang banjir.



Banyak empangan dan sungai juga telah dipenuhi air, dengan kerajaan New South Wales komited menaikkan ketinggian tembok Empangan Warragamba Sydney, yang membekalkan 80 peratus air bandar itu, untuk mengelak daripada banjir pada masa akan datang.



Beberapa bandar di kawasan pedalaman di New South Wales sudah pun dilanda banjir, dengan rakaman televisyen menunjukkan penduduk memindahkan haiwan ladang ke kawasan lebih tinggi serta jalan raya yang rosak.



Kru kecemasan New South Wales berkata terdapat 47 amaran banjir di serata wilayah itu, dengan banjir sederhana dijangkakan di beberapa bahagian di Sydney esok.



Jurucakap khidmat kecemasan New South Wales, Encik Scott McLennan, berkata situasi akan menjadi semakin berbahaya dalam beberapa minggu akan datang. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >