Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sydney dilanda ribut, hujan batu sebesar bola golf

Dec 16, 2015 | 01:02 PM



BANDAR terbesar Australia, Sydney, dilanda ribut kencang umpama puting beliung dengan hujan batu sebesar bola golf dan angin bertiup pada 200 kilometer sejam menimpa kota itu, hari ini, Rabu, .


Sejauh ini, dua orang memerlukan rawatan - salah seorang dari mereka kerana kejutan yang dialami dan satu lagi akibat luka di kepala.


Kejadian tersebut berlaku di pinggir bandar di Kurnell, kata seorang pegawai ambulans.


Seorang penduduk kawasan tersebut, di mana angin direkodkan bertiup 213 kilometer sejam, berkata ribut tersebut berbunyi seperti 'keretapi balang'.


"Kemusnahan amat teruk," katanya kepada Sky News mengenai ribut kencang itu yang juga telah menjatuhkan pokok-pokok serta kabel elektrik dan merosakkan bangunan, termasuk loji penyahgaraman (desalination).


Jalan raya turut banjir.


Seorang lagi lelaki yang dihubungi radio Sydney menyifatkan kerosakan teruk di Kurnell, seperti lori yang terbalik di samping serpihan bangunan yang tercampak.


Biro cuaca berkata amaran angin kencang, batu hujan yang besar serta hujan lebat dikeluarkan bagi Sydney, lapangan terbangnya dan Sydney Harbour Bridge.


Lapangan terbang itu masih dibuka, tetapi penangguhan dijangkakan kerana kru yang berada di lapangan terbang terpaksa bergelut dengan cuaca, kata seorang jurucakap.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >