Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syed Saddiq hadapi tuduhan ubah wang haram $32,000

Aug 06, 2021 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Mantan menteri belia dan sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Amla) melibatkan RM100,000 ($31,950) di Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam.



Syed Saddiq, 29 tahun, yang juga Ahli Parlimen Muar, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dikemukakan terhadapnya.



Dia didakwa melibatkan diri dalam pengubahan wang haram dengan memindahkan hasil kegiatan haram berjumlah RM100,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke dalam akaun Amanah Saham Bumiputera, juga miliknya.



Kesalahan itu didakwa dilakukannya di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 Jun dan 19 Jun 2018.



Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara hingga 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau hasil daripada kegiatan haram atau peralatan kesalahan itu atau RM5 juta, bergantung mana lebih tinggi.



Syed Saddiq tiba di mahkamah semalam diiringi peguam belanya, Encik Gobind Singh Deo.



Presiden penaja Parti Ikatan Demokratik (Muda) itu sebelum ini menjadi Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia, iaitu parti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin.



Beberapa orang, dipercayai penyokong dan ahli keluarga Syed Saddiq, termasuk ibu bapanya, Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, dilihat hadir di lobi mahkamah semalam.



Pada 22 Julai, Syed Saddiq dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah dana Armana berjumlah RM1 juta tahun lalu.



Selain itu, dia dikenakan tuduhan menyalah guna harta, iaitu wang sumbangan bagi kempen pilihan raya umum ke-14 Malaysia partinya, sebanyak RM120,000.



Syed Saddiq mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua tuduhan itu. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >