Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Syed Saddiq tidak mengaku salah atas tuduhan pecah amanah lebih RM1j

Jul 23, 2021 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, telah menuntut perbicaraan di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan rasuah berkaitan pecah amanah dan penyelewengan wang yang melibatkan dana milik bekas partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).



Ahli Parlimen Muar berusia 29 tahun itu tidak mengaku bersalah setelah pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Azura Alwi semalam.



Bagi pertuduhan pertama, Syed Saddiq, sebagai Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu, yang telah diamanahkan penguasaan ke atas dana Armada, telah melakukan pecah amanah ke atas dana itu, dengan membuat pengeluaran wang berjumlah RM1 juta ($320,000) melalui cek CIMB Bank Berhad, tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.



Beliau dituduh melakukan kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, Tingkat Bawah, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Stesen Sentral 2, pada 6 Mac 2020, dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebatan serta boleh dikenakan denda.



Syed Saddiq juga menghadapi tuduhan menyalahgunakan harta iaitu wang sumbangan buat kempen pilihan raya ke-14 (PRU14) sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise.



Berdiri di kandang tertuduh, beliau berkata: "Minta dibicara (saya menuntut perbicaraan)".



Hakim Azura kemudian membenarkan Syed Saddiq diikat jamin RM330,000 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.



Hakim terbabit juga memerintahkan Syed Saddiq menyerahkan pasportnya ke mahkamah, serta melapor diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terdekat di Kuala Lumpur setiap bulan sehingga kesnya selesai.



Namun hakim membenarkan permohonan peguam bela Encik Gobind Singh Deo agar Syed Saddiq membayar RM80,000 daripada ikat jamin itu semalam, manakala bakinya dijelaskan selewat-lewatnya Selasa depan.



Encik Faridz Gohim Abdullah bertindak sebagai timbalan pendakwa raya. Timbalan pendakwa raya itu juga memohon mahkamah mengenakan larangan ke atas Syed Saddiq daripada bercakap mengenai kesnya di luar mahkamah.



Pada Julai tahun lalu, Syed Saddiq membuat laporan polis berkenaan kehilangan kira-kira RM250,000 daripada peti besi di rumahnya di Petaling Jaya.



Beliau berkata sebahagian besar wang berkenaan disimpan bagi kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya.



Namun, kehilangan wang itu menggerakkan siasatan SPRM kerana jumlah wang tunai yang "mencurigakan" dan beliau disiasat selama lebih 11 jam.



SPRM sebelum ini menafikan siasatan tersebut bermotif politik.



Sebelum ini, Syed Saddiq merupakan ketua Pemuda Bersatu (Armada) namun meninggalkan parti berkenaan selepas Langkah Sheraton berlaku dan kerajaan Pakatan Harapan (PH) - yang mendapat mandat daripada rakyat pada pilihan raya lalu - dijatuhkan. - Malaysiakini, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >