Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tahanan Palestin guna sudu untuk lari dari penjara Israel

Sep 18, 2021 | 5:30 AM
JADI SIMBOL: Sudu kini menjadi simbol perjuangan orang Palestin selepas sekumpulan tahanan Palestin dikatakan melepaskan diri daripada penjara Israel menggunakan sudu. - Foto AFP
JADI SIMBOL: Sudu kini menjadi simbol perjuangan orang Palestin selepas sekumpulan tahanan Palestin dikatakan melepaskan diri daripada penjara Israel menggunakan sudu. - Foto AFP -

BAITULMAKDIS: Sudu diletakkan di samping bendera dan sepanduk tradisional lain sebagai simbol perjuangan Palestin, setelah sekumpulan tahanan dikatakan melepaskan diri daripada penjara Israel dengan menggunakan sudu.

Apabila enam militan Palestin berjaya melepaskan diri mereka melalui terowong pada 6 September lalu daripada penjara tahap keselamatan tinggi, media sosial berkongsi gambar terowong di kaki sinki.

Satu tanda pagar 'sudu ajaib', menunjukkan bagaimana kejadian itu mungkin terjadi. Tetapi sama ada hanya alat itu digunakan atau ia digunakan sama sekali pada mulanya belum jelas.

Kemudian Rabu lalu, peguam salah seorang buruan itu, yang telah ditangkap semula, memberitahu AFP bahawa anak guamnya, Mahmud Abdullah Ardah, berkata dia telah menggunakan sudu, piring dan juga tangkai cerek untuk menggali terowong daripada sel penjaranya.

Dia mula menggali keluar dari penjara di utara Israel pada Disember lalu, kata peguam Roslan Mahajana.

Ardah adalah salah seorang daripada empat orang buruan yang kemudian ditangkap semula setelah tentera Israel mengerahkan ramai anggota tentera ke Tebing Barat yang didudukinya sebagai sebahagian usaha pemburuan besar-besaran.

Keenam-enam mereka telah dituduh merancang atau melakukan serangan terhadap penduduk Israel.

Dua lagi masih belum ditangkap. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg