Premium
Tahniah Presiden Tony Tan kepada raja baru Thai
Dec 3, 2016 | 5:30 AM
UCAPAN DIRAJA: Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun berucap setelah menerima pelantikan sebagai Raja Thailand yang baru menggantikan bapanya, Raja Bhumibol Adulyadej. - Foto REUTERS -
PRESIDEN Tony Tan Keng Yam telah menyampaikan ucapan selamat kepada Raja Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun di atas pelantikan beliau ke takhta kerajaan Thailand kelmarin dan mengundang beliau melawat Singapura.
"Bagi pihak rakyat Singapura, saya menyampaikan ucapan selamat saya kepada Tuanku bagi peristiwa paling bertuah tentang kenaikan Tuanku ke takhta," kata Dr Tony Tan dalam surat kepada Raja Maha Vajiralongkorn semalam.

