Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taiwan akan longgarkan lagi sekatan koronavirus

Jun 7, 2020 | 4:02 PM
Sejauh ini Taiwan tidak melaksanakan sekatan sepenuhnya dan kehidupan umumnya, berjalan seperti biasa.
Sejauh ini Taiwan tidak melaksanakan sekatan sepenuhnya dan kehidupan umumnya, berjalan seperti biasa. - Reuters

Taiwan akan melonggarkan lagi sekatan berkaitan kawalan koronavirus, kata pemerintah pada Ahad (7 Jun).

Ini sedang jumlah jangkitan terkawal dengan hanya enam kes aktif dan tiada penyebaran setempat selamat 56 hari.

Sejauh ini Taiwan tidak melaksanakan sekatan sepenuhnya dan kehidupan umumnya, berjalan seperti biasa ekoran usaha pencegahan awal dan berkesan serta sistem kesihatan awam yang baik, namun menggalak jarak selamat dan pastikan orang awam memakai pelitup.

Pusat Kawalan Epidemik Taiwan berkata ia akan menarik balik sekatan yang membataskan jumlah orang menyertai acara libur dan kehidupan harian, namun warga harus terus memakai pelitup muka jika tidak dapat melakukan jarak selamat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg