Taiwan beli 150 peranti pemekat oksigen, bantu India tangani wabak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taiwan beli 150 peranti pemekat oksigen, bantu India tangani wabak

Apr 30, 2021 | 5:30 AM

Taiwan beli 150 peranti pemekat oksigen, bantu India tangani wabak

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
516a881d-e0f6-4037-84e0-a45f297d17a0
-

TAIPEI: Taiwan telah membeli 150 peranti pemekat oksigen dan mahu menghantarnya ke India hujung minggu ini bagi membantu negara itu menangani lonjakan besar jangkitan Covid-19, dan juga melihat kemungkinan menyalurkan lebih banyak bantuan, kata Menteri Ehwal luar Taiwan, Encik Joseph Wu, semalam.

Negara-negara di seluruh dunia telah tampil dengan segera bagi membantu India menangani kemelut yang dihadapi.

Jumlah kematian di India akibat pandemik koronavirus melewati 200,000 kelmarin, diburukkan dengan kekurangan katil hospital dan oksigen perubatan.

Encik Wu memberitahu wartawan bahawa mereka telah bekerja dalam menyiapkan pakej bantuan untuk India dan telah membeli 150 peranti pemekat oksigen yang boleh dihantar esok atau lusa.

"Kami kini dalam proses membeli lebih banyak peranti pemekat oksigen dan membeli bahan mentah dari luar negara agar syarikat kami di sini boleh menghasilkan lebih banyak lagi," katanya.

Kadar kematian akibat Covid-19 di India melebihi 200,000 kes hari ini dengan lebih 3,000 maut dalam tempoh 24 jam.

Data yang dikongsi kementerian kesihatan India pada 8 pagi semalam menunjukkan India menghadapi lonjakan kes jangkitan tertinggi dengan 379,257 kes sementara 3,645 maut dalam masa 24 jam lalu.

Secara keseluruhannya, India merekodkan 18 juta kes jangkitan koronavirus, dengan 15.1 juta dilaporkan sembuh, dengan 204,832 korban di mana kadar kematian 1.12 peratus.

Bulan ini saja, India mencatatkan hampir enam juta kes baru, yang didakwa berlaku kerana perhimpunan besar-besaran bagi acara politik dan keagamaan.

Bagaimanapun, pakar percaya bahawa jumlah rasmi itu meremehkan jumlah sebenar di negara ini iaitu sebanyak 1.3 bilion.

Di ibu kota, New Delhi, ambulans beratur berjam-jam lamanya untuk membawa mangsa Covid-19 ke pusat pembakaran mayat sementara di taman dan tempat meletak kenderaan, mayat dibakar secara berbaris di atas para-para pembakaran.

Penghidap koronavirus, yang tercungap-cungap untuk bernafas, membanjiri kuil Sikh di luar bandar, dengan harapan mampu mendapatkan bekalan oksigen.

"Kami meluangkan masa mengurangkan paras oksigen pada alat pernafasan dan peranti lainnya kerana tangki kami menunjukkan paras yang cukup rendah," kata pengarah urusan hospital Artemis, Dr Devlina Chakravarty, di pedalaman Gurgaon, tulisnya di akhbar Times of India.

"Kami membuat ratusan panggilan dan menghantar pesanan setiap hari untuk mendapatkan kuota oksigen sehari-hari," katanya lagi.

Ketua Menteri Delhi, Encik Arvind Kejriwal, berkata lebih ramai orang mengalami sakit yang lebih teruk dan bagi tempoh lebih lama, sekali gus meningkatkan lagi tekanan.

"Gelombang sekarang ini benar-benar berbahaya," katanya.

"Ia amat mudah dijangkiti dan mereka yang dijangkit tidak berupaya sembuh dengan pantas. Dalam keadaan sebegini, wad jagaan rapi amat diperlukan," tambahnya.

Banyak negara telah menggantung khidmat pesawat dari India, antara langkah membendung penularan jenis virus yang lebih berbahaya. - Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg