Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Taiwan luluskan ubat rawat Covid-19

May 30, 2020 | 4:03 PM
UBAT RAWAT COVID-19: Gilead Sciences akan menderma 1.5 juta dos remdesivir, yang mencukupi untuk merawat sekurang-kurangnya 140,000 pesakit .
UBAT RAWAT COVID-19: Gilead Sciences akan menderma 1.5 juta dos remdesivir, yang mencukupi untuk merawat sekurang-kurangnya 140,000 pesakit . - Foto Gilead Sciences

TAIPEI: Pemerintah Taiwan telah meluluskan ubat remdesivir yang dikatakan boleh merawat Covid-19 hari ini (30 Mei).

Pemerintah di seluruh dunia turut mengejar masa untuk menambah bekalan ubat remdesivir yang dihasilkan Gilead Sciences itu.

Gilead yang berpangkalan di California, Amerika Syarikat, berkata mereka akan mendermakan 1.5 juta dos remdesivir, yang mencukupi untuk merawat sekurang-kurangnya 140,000 pesakit, sebagai sebahagian usaha memerangi pandemik global itu.

Dalam membuat keputusan meluluskan ubat itu, Pusat Komand Epidemik Pusat Taiwan berkata Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Taiwan telah mengambil kira keberkesanan dan keselamatan menggunanya yang turut disokong bukti awal serta penggunaannya yang turut diluluskan negara lain.

Taiwan telah berjaya mengelak koronavirus itu daripada menular secara besar-besaran hasil pengesanan awal, usaha pencegahan serta sistem kesihatan awam bertaraf tinggi yang dimilikinya.

Sejauh ini, Taiwan melaporkan 442 kes Covid-19 serta tujuh kematian akibatnya.

Tiada ubat atau suntikan yang diluluskan untuk merawat Covid-19 sejauh ini tetapi negara Kesatuan Eropah (EU) sudah pun menggunakan ubat remdesivir untuk merawat sesetengah pesakit. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg