Premium
Taj Mahal mula dibuka semula
Sep 22, 2020 | 5:30 AM
OPERASI SEPERTI BIASA: Taj Mahal semalam dibuka semula dengan melaksanakan jarak selamat antara pengunjung serta mengehadkan jumlah pengunjung kepada hanya 5,000, setiap hari. - Foto AFP -
AGRA (India) : India membuka semula bangunan bersejarah, Taj Mahal, kepada para pelawat bermula semalam meskipun jumlah kes jangkitan koronavirus di India bakal melebihi Amerika Syarikat.
India, yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion orang dan mempunyai beberapa bandar yang paling padat di dunia, telah mencatatkan lebih daripada 5.4 juta kes Covid-19.

