Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Tak ada lampu, telefon pintar pun jadi...

Jan 11, 2017 | 11:36 AM
Sekumpulan doktor dan jururawat di wilayah Guangdong menyambut kelahiran seorang bayi menggunakan cahaya dari telefon bimbit pintar. Weibo
Sekumpulan doktor dan jururawat di wilayah Guangdong menyambut kelahiran seorang bayi menggunakan cahaya dari telefon bimbit pintar. Weibo - GAMBAR WEIBO

GUANGDONG: Sekumpulan doktor dan jururawat di wilayah Guangdong di tenggara China menyambut kelahiran seorang bayi menggunakan cahaya dari telefon bimbit pintar pada awal pagi Ahad (8 Jan).

Seorang wanita hamil mengalami sakit hendak bersalin semasa berada dalam sebuah kereta di bandar Zhongshan, lapor laman web berita Sina.com pada Isnin (9 Jan).

Media tempatan berkata separuh tubuh bayi itu telah keluar apabila wanita tersebut tiba di luar hospital.

Dr He Fenjun, yang mengetuai pasukan perubatan, memberitahu laman berita China xkb.com ia berlaku dengan cepat apabila seseorang menyuruh beliau segera pergi ke lobi hospital.

"Sebuah kereta putih diletak di sana... wanita hamil itu terbongkang dan separuh tubuh bayinya sudah keluar," kata beliau.

Dr He meminta seorang doktor pakar kanak-kanak datang untuk membantu beliau.

Dalam keriuhan itu, pasukan perubatan menghalang cahaya yang memang sedikit di kawasan itu, kata beliau, dan seseorang menjerit: "Keluarkan telefon awak semua."

Kakitangan perubatan dengan segera mengeluarkan telefon pintar mereka dan menghalakan cahayanya untuk menerangi tempat doktor sedang berusaha mengeluarkan bayi itu.

Bayi tersebut dilahirkan pada 2.24 pagi, dan kini dalam keadaan baik bersama ibunya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg